[TAKZIAH] : PELAKON AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

[TAKZIAH] : PELAKON AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA - Sudah lama tidak mendengar berita tentang arwahyarham sejak berita arwah tenat dua tahun lalu. Pelakon atau hero filem Ali Setan, Azmil Mustapha telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 12:40 tengahari tadi di rumahnya. Difahamkan, arwah meninggal dunia ketika tidur.

[TAKZIAH] : PELAKON AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.

Sekembalinya dari Amerika Syarikat (AS), nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi. Azmil menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar. Dua tahun, Azmil menimba pengalaman di syarikat itu, selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa

Beliau juga pernah memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) - Filem Ali Setan.

Semoga roh arwahyarham Azmil Mustapha ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

1 comment:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)