SYURGA YANG KEDUA EPISOD 41

SYURGA YANG KEDUA EPISOD 41 - Doktor memberitahu Daniel bahawa Sabrina keracunan ubat dan itu akan membahayakan nyawa Sabrina dan bayi dalam kandungannya. Sabrina memberitahu Syida bahawa ubat yang dimakan itu diberi oleh Vivy. Alia pula dijaga oleh Elis dan Puan Fazira.
SYURGA YANG KEDUA EPISOD 41


Sabrina terkilan dan sedih bila memikirkan ubat yang dimakan itu diberi oleh Vivy. Dia tidak percaya Vivy akan meracuninya.Vivy ingin memastikan Sabrina tidak akan bahagia dengan Daniel. Syida pula kembali diganggu oleh seorang perempuan yang tidak dikenalinya.


Rupa-rupanya Daud merancang untuk memberikan Syida kejutan demi membuktikan betapa sayang dan cintanya dia pada Syida. Syida terharu dan sangat menghargai Daud.

Vivy mulai panik bila diberitahu Sabrina hampir mati kerana ubat yang diberikannya. Aunty Som pula menghasut vivy untuk berkorban demi Daniel. Elis dan Puan Fazira pula makin menyayangi Alia.

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)