SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA (TV3)

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA (TV3) - Lamanya tak tengok Syukri Yahya berlakon. Last rasanya masa drama Andainya Takdir. Selepas netizen melting dengan drama Kekasih Paksa Rela, kali ni mungkin ramai yang nak follow drama Tiada Arah Jodoh Kita.

Drama ini menampilkan Syukri Yahya, Aprena Manrose, Erwin Dawson dan Hafeez Mikail. Auni nak tengok Hafeez Mikail je sebenarnya. Haha.. ok gurau. Jom baca sinopsis.

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA (TV3)

JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
SLOT : Akasia TV3
WAKTU/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 7:00pm
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania dan Alis Mariya

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA
Mengisahkan tentang ketabahan Afia Auliya yang menantikan kepulangan kekasih hatinya, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Setelah beberapa tahun, mereka bertemu kembali tetapi masing-masing merasakan satu perasaan aneh yang wujud diantara mereka. Fayyad pula menyuruh kawan baiknya, Megat Wakeel untuk mengahwini Afia. Awalnya Afia menolak, tetapi entah kenapa akhirnya Afia setuju.

Hidup dengan Waqeel bukanlah mudah, lebih-lebih lagi abang kepada Waqeel, iaitu Megat Aathif, seorang yang laser dan menyakitkan hati.

Takdir menyatukan dan memisahkan mereka. Tiba-tiba Afia dilamar dua lelaki, iaitu Fayyad yang kembali menagih cinta Afia dan Aatif yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Afia.

1 comment:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)