[FILEM KOREA] BLEAK NIGHT : KETUA PEMBULI MEMBUNUH DIRI?

FILEM KOREA | BLEAK NIGHT : KETUA PEMBULI MEMBUNUH DIRI? - Selain filem seram Thailand, Auni sekarang sangat minat menonton filem Korea. Kebanyakan filem Korea yang Auni tengok adalah tentang masalah kehidupan. Termasuk filem Korea berjudul Bleak Night.

FILEM KOREA | BLEAK NIGHT : KETUA PEMBULI MEMBUNUH DIRI?

JUDUL : BLEAK NIGHT (파수꾼)
PENGARAH : Yoon Sung-Hyun
PELAKON : Lee Je-hoon, Seo Jun-young, Park Jung-min & Jo Sung-ha

SINOPSIS
Mengisahkan tentang bapa kepada Ki-tae, yang kehilangan anaknya kerana anaknya itu membunuh diri. Bapa Ki-tae ingin mencari sebab yang mendorong anaknya itu membunuh diri. Satu hari, bapa Ki-tae menemui beberapa keping gambar milik Ki-tae, dan didalam gambar itu ada 3 orang pemuda, termasuk Ki-Tae dan 2 orang lagi sahabatnya iaitu Dong-yoon dan baek hee-Joon (Becky).


Ki-Tae seorang kaki buli dan dikenali sebagai ketua pembuli. Dia mempunyai kawan yang rapat dengannya. Namun, dia juga sering membuli kawan rapatnya dan membuat kawan-kawannya mula menjauhkan diri.

Ki-tae juga seorang lelaki yang banyak memendam perasaan kerana hidup tanpa seorang ibu. Hidup dengan ayahnya, Ki-tae tidak mendapat sepenuh perhatian sebagai seorang anak. Kehidupan keluarga Ki-tae bukanlah sebahagia kawan-kawannya.

Setelah sedar dengan apa yang dilakukan, Ki-tae mula meminta maaf pada salah seorang sahabatnya, Becky. Namun Becky berkecil hati dan sukar untuk memaafkan Ki-tae. Becky mengambil keputusan untuk pindah ke sekolah lain.


Setelah kehilangan Becky, Ki-tae hanya mempunyai Dong-Yoon. Namun sekali lagi Ki-tae kehilangan seorang lagi sahabatnya. Dong-Yoon mula menjauhkan diri dari Ki-tae. Ki-tae menjadi sedih kerana baginya, Becky dan Dong-Yoon adalah orang yang paling berharga dalam hidupnya, lebih dari bapanya sendiri. Akibat terlalu kecewa, Ki-tae mengambil jalan membunuh diri.

1 comment:

  1. macam best je movie ni! Sama lah kita suka tengok movie korea sebab content yang bagus. Anyway singgah sini & follow blog auni :D

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)