SINOPSIS DRAMA AMPUNKAN DOSAKU (TV3)

SINOPSIS DRAMA AMPUNKAN DOSAKU (TV3) - Drama ini adalah drama yang dah lama ditayangkan. Kiranya ini drama ulangan la, tapi Auni tak pernah tengok. Harini episod 1, tengok pulak ada Wan Maimunah berlakon, terus teruja nak tengok. Jom Auni kongsi sinopsis drama Ampunkan Dosaku.

SINOPSIS DRAMA AMPUNKAN DOSAKU (TV3)

SINOPSIS AMPUNKAN DOSAKU
Mengisahkan tentang Hussin yang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan dalam hidupnya. Dia sentiasa menjadi mangsa Fatimah, disebabkan dendam lamanya terhadap ibu Hussin, walaupun ibu Hussin sudah lama meninggal dunia. Kebencian Fatimah terhadap Hussin. hingga sanggup untuk meracuni Hussin namun Hassan selamat.

Satu hari, Fatimah berjaya mengenakan Hussin dan Hussin diusir oleh bapanya, Osman. Akibat kejadian itu, Hussin mula hidup di merempat sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman dan isteri yang baru kematian anak mereka.  Namun, Fatimah tidak puas hati dan mengupah orang untuk memukul Hussin. Kerana tidak tahan, Hussin membawa diri ke bandar.

Selang beberapa tahun, Hussin berkahwin dengan Sarimah dan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Tanpa Hussin ketahui, Sarimah mempunyai sakit. Sarimah meningal dunia selepas melahirkan anak mereka, Sazali.

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)