SINOPSIS ADAKAH AKU BERSALAH (CEREKARAMA TV3)

SINOPSIS ADAKAH AKU BERSALAH (CEREKARAMA TV3) - Lama betul tak layan drama, sempat juga menonton drama di slot Cerekarama malam ni.  Drama ni best jugak, geram pun ada. Emosi gila dan tercabar tahap kewanitaan ni bila tengok watak antoganis si Farah Nabila ni. Jom baca sinopsis.

SINOPSIS ADAKAH AKU BERSALAH (CEREKARAMA TV3)

JUDUL : ADAKAH AKU BERSALAH 
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
PENERBIT : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Shah Jaszle, Oktovia Manrose & Wilma Muhammad

SINOPSIS
Mengisahkan seorang pelacur bernama Tia dan hidup sebuah keluarga bahagia milik Hamzah dan Zaleha serta dua orang anak perempuan mereka. Awalnya, kehidupan Hamzah sekeluarga bahagia, sehinggalah dia berjumpa dengan Tia.

Tia adalah seorang pelacur yang melarikan diri daripada lelaki yang melacurkannya. Di situ dia bertemu Hamzah. Hamzah rasa bertanggungjawab untuk membantu Tia dan tidak lama selepas itu, Hamzah jatuh hati pada Tia. Dia meminta izin pada Zaleha untuk memperisterikan Tia dan Zaleha membenarkan.

Tia memiliki sikap antoganis dan hipokrit, manakala Zaleha seorang isteri yang taat. Tidak lama selepas perkahwinan Hamzah dan Tia, Hamzah menceraikan Zaleha. Tia pula ada niat tertentu pada Hamzah.

Kerana Tia, Hamzah sanggup meninggi suara pada Zaleha dan anak-anaknya. Dia juga mula naik tangan. Anak perempuan sulungnya, Liz, tahu siapa Tia tetapi Hamzah tidak mempercayai Liz. Dia lebih mempercayai Tia.

Akibat terlalu mempercayai Tia, Hamzah membuang keluarganya dan Zaleha serta anak-anaknya hidup susah. Liz cuba mencari kerja namun dia ditipu dan dilacurkan.

------------------------

Baca sinopsis pun dah sakit hati. Tengok pun sakit hati. Syabas tuan pengarah!

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)