SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32  - Punyalah lama tunggu majlis Anugerah Juara Lagu ni, dapat jugak tengok. Persembahan ada yang memukau, tak kurang juga ada yang membosankan. Ada yang tak capai tahap expectation Auni. Apapun, majlis berakhir dengan kemeriahan penonton. Di entri ini, Auni senaraikan pemenang bagi Anugerah Juara Lagu Ke-32.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32


PERSEMBAHAN TERBAIK
Atimet | Amboi

VOKAL TERBAIK
Ernie Zakri dan Syamel | Aku Cinta

TEMPAT PERTAMA (JUARA)
Hael Husaini | Jampi

TEMPAT KEDUA
Azmi Saat | Sejati

TEMPAT KETIGA
Hakiem Rusli | Tergantung Sepi

Expectation Auni pada Dayang Nurfaizah, Khai Bahar dan Hakiem Rusli sebenarnya tinggi daripada segi persembahan dan vokal. Tapi expectation tu meleset sebab tak sampai apa yang diharapkan. Khai Bahar dan Hakiem Rusli tidak membawakan high pitch dalam persembahan.

Bagi Auni , persembahan Salma memukau dan Salma mendapat outstanding daripada penonton. Cuma bukan rezeki Salma untuk menang semalam. Ara pula dikatakan tidak sihat dan suara Ara jadi crack tapi masih cuma menyanyi secara high pitch. Apapun semuanya terbaik semalam.

TAHNIAH BUAT HAEL HUSAINI! Hael memang layak menang sebab bagi Auni ada sesuatu yang rare dalam lagu dan persembahan Hael.

Tahniah juga pada semua pemenang.

1 comment:

  1. Majoritinya orang baru yang menang..tengok AJL sambil gosok baju..layan dan tak layan jer...hhehehe

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)