RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP

RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP - Ini entri untuk korang yang rajin. Harini boleh kata Auni rajin sikit nak masak. Bukan masak apa pun, saja buat serunding halia. Nak cuba je. Sebab selama ni buat serunding asyik tak menjadi. Survey resepi tengok macam senang je.

RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP

RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP
Bahan-bahan :
2 ketul halia - parut halus
5-6 ulas bawang putih - parut halus
Segenggam ikan bilis - basuh dan kisar kasar
1 sudu kecil biji ketumbar - kisar kasar

Cara-cara :
Bahan parut tadi ditoskan airnya. Perah manja-manja je. Kemudian, panaskan minyak. Minyak kena lebih sikit ye? Dengan api sederhana, masukkan bahan parut dan kisar. Sentiasa gaul bahan tadi. Biarkan seminit dan gaul lagi hingga warna bahan bertukar jadi gelap.

Bila warna bahan tadi sudah bertukar, masukkan secubit garam jika perlu. Jangan letak banyak sebab ikan bilis dah masin. Kemudian, toskan bahan tadi untuk tapis minyak. Ok, dah siap. Biarkan sejuk seketika dan boleh masukkan ke dalam balang.

Selamat mencuba :)

2 comments:

  1. Ikan bilis pun dibuat serunding yer...tak pernah try.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)