RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API - Ketam masak lemak cili api adalah kegemaran Abah. Bayangkan seekor ketam tu Abah boleh bertambah-tambah makan nasi. Isi ketam tu Abah ambil sikit-sikit je. Mungkin Abah dah biasa hidup susah, Abah memang makan lauk sikit-sikit je.

Walaupun ramai orang dah tahu resepi ini, Auni saja je nak kongsi di dalam blog Auni. Ketam masak lemak cili api ini ada elemen lemak, manis, dan pedas. Sedapnya dapat hirup kuahnya. Jom Auni share resepi ketam masak lemak cili api.

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan :
Ketam - lebih kurang 8 ekor (leraikan badan ketam dan belah 2)
Segenggam cili api - nak pedas boleh lebih lagi
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ibu jari kunyit hidup
1 kotak santan
Daun kunyit
Serai - ketuk
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Kisar atau tumbuh cili api bersama bawang besar, bawang putih, dan kunyit hidup. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk dan masukkan ketam. Biar masak beberapa minit dan masukkan santan. Masukkan juga serai dan daun kunyit. Bila kuah hampir mendidih, masukkan garam secukup rasa.

Selamat mencuba :)

1 comment:

  1. owh...sapa2 yg suka makan ketam nih mesti lapar jer tengok
    hahaha

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)