PROSEDUR LARYNGOSCOPY DI KLINIK OTORINOLARINGOLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR

PROSEDUR LARYNGOSCOPY DI KLINIK OTORINOLARINGOLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Puas Auni buat research tentang prosedur yang Auni buat tadi. Actually, sebelum ni Auni dah pernah buat tapi tak pernah pun cerita detail. Entri ini pun bukanlah detail sangat, cuma nak cerita tentang kisah seorang Auni yang gelabah.

Awalnya, Pakar Bedah yang suruh Auni ambil appointment dekat Klinik ENT. Dia cakap, appointment ni untuk masukkan kamera dalam tekak. Kebetulan seorang patient dekat Facebook pun nak buat prosedur yang sama. (Dan Auni assume, prosedur yang kami buat ni memang sama).

So, Auni ingatkan Auni perlu buat prosedur Endoscopy, rupanya bukan. Bayangkan seminggu lebih pulun gelabah, risau punya pasal sebab kena telan kamera. Sampai nak tidur pun jadi susah hati, walaupun baca pengalaman yang sudah buat Endoscopy, ianya bukanlah prosedur yang menyakitkan.

Prosedur Laryngoscopy
PROSES LARYNGOSCOPY

Berbalik pada cerita Auni, sebenarnya prosedur yang Auni jalani adalah prosedur Laryngoscopy, ini versi jolok kamera dalam tekak je, bukan telan kamera. Kalau Endoscopy, kena telan. Seram kan? Tapi pengalaman itu lebih berharga.

Percaya tak, Auni boleh frustrated sikit sebab tak buat Endoscopy ni? Baru rasa nak timba pengalaman. Haha.. orang patut bersyukurlah tak payah nak susah-susah telan benda asing, kau kemain frust pulak kan?

So, prosedure Laryngoscopy ni tak sampai beberapa saat pun. Korang hanya perlu nganga mulut dan masa tu doktor akan jolok sikit sejenis batang besi yang ada kamera dan korang kena sebut " aaaaaaa.....eeeeeeee" , then settle.

Ini prosedur untuk check kotak suara. Tak sakit, tapi geli lah sikit, lagi-lagi ada lelaki yang pandang. Haha! Prosedur tadi jadi rumit sebab Auni rasa terganggu dengan kehadiran seorang attendence lelaki disitu.

Lepas ni, Auni hanya tunggu kata Pakar Nephro untuk bagi tarikh masuk wad dan pembedahan. Semoga semuanya berjalan lancar.

2 comments:

  1. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AUNI

    ReplyDelete
  2. Oo... Gitu rupanya.. Tq auni for sharing

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)