MANFAAT AIR LAUT UNTUK KECANTIKAN

MANFAAT AIR LAUT UNTUK KECANTIKAN - Siapa dekat sini suka bermain dengan laut? Auni adalah salah seorang diantara manusia yang obses dengan laut. Tengok laut je rasa semua masalah dilepaskan. Rasa tenang sangat. Tapi tahu tak korang, selain menenangkan, dengan bermain di laut juga, korang akan jadi cantik. Aikkk? Macam mana tu?

So, Auni nak share sikit laa apa kaitan laut dengan kecantikan ni. Hopefully bermanfaat untuk korang tau!

SUMBER : https://rosamondpress.com/2013/07/22/with-beauty-by-sea/

1. DETOX KULIT
Salah satu manfaat yang korang boleh dapatkan dari air laut yang kaya dengan mineral ini adalah, kulit korang akan menjadi lebih bersih. Kandungan mineral yang terdapat dalam air laut mampu menyingkir racun dalam tubuh dan kulit, termasuk bakteria yang menjadi punca jerawat.

Garam di laut mempunyai sifat alami yang dapat mengurangi kelembapan, sejurus itu air laut juga dapat mengawal minyak berlebihan yang biasanya akan membuat pori-pori tersumbat. Garam yang ada di dalam laut juga dapat membantu membersihkan pori-pori secara mendalam dan korang akan rasa kulit lebih bersifat semulajadi.

2. PENGELUPASAN
Butiran-butiran garam yang terkandung dalam air laut juga elok sebagai skrub atau teknik pengelupasan secara semulajadi untuk kulit. Ianya mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit dan menjana semula kulit yang baru.




3. MELEMBABKAN
Kandungan magnesium yang tinggi didalam air laut mampu meningkatkan kelembapan pada kulit, terutamanya kulit di bahagian luar. Walaubagaimanapun, jika terlalu lama berada di dalam laut, kulit akan mulai kering.

So, korang perlulah membilas badan dengan bersih selepas bermandi laut. Kandungan garam yang melekat di tubuh badan secara berlebihan akan membuatkan kulit cepat kering.

4. MENYEMBUHKAN LUKA
Kandungan magnesium, calcium, potassium, sodium, dan iodine adalah sebahagian mineral yang terkandung di dalam air laut. Sifat sodium dan iodine adalah antiseptik dan ianya dapat membantu proses penyembuhan luka. Air laut bertindak mengeluarkan racun dan dapat membantu mengeringkan nanah pada luka.

Inilah antara kebaikan-kebaikan air laut untuk korang. Selain menenangkan jiwa, ianya juga membantu masalah-masalah kulit yang sering kita alami kan? Selamat bermandi-manda di laut !

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)