KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 3]

KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 3] - Richard menghabiskan masa di penjara sementara polis dan pakar membuat siasatan. Pada Januari 2016, di  dalam court hearing, Richard tidak mengaku bersalah atas 91 pertuduhan.

Punyalah banyak pertuduhan ini sampai nak baca pun ambil masa sampai lebih kurang 1 jam. Pihak pendakwaraya menyiapkan bahan untuk tiga perbicaraan berbeza sebab diorang rasa juri tak sanggup pun nak tengok semua bukti grafik melalui satu perbicaraan je.

KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 3]

Dalam perbicaraan pertama, Richard mengaku bersalah atas 71 dari 91 pertuduhan. Yang paling tak boleh blah, Richard ni siap request nak tengok balik semua video dan gambar yang digunakan dalam pertuduhan keatas dia. Tapi memang takde lah diorang nak bagi.

20 lagi pertuduhan pendakwa simpan di dalam fail sebab yang 71 pertuduhan tu pun dah cukup untuk memberi Richard hukuman penjara yang begitu panjang. Pendakwa juga tak sampai hati nak bagi juri tengok bahan bukti untuk 20 lagi pertuduhan itu.


Kalau nak tahu, semua juri diminta berjumpa pakar psikatri untuk memastikan mental mereka tidak terganggu lepas tengok semua bukti-bukti yang agak mengganggu emosi tu. Dan masa perbicaraan tu rupanya banyak lagi detail mengenai kegiatan Richard ini yang diketahui semua orang.

Richard Huckle ini digelar pedophilia yang PALING JAHAT dalam sejarah Britain. Di negara barat dan Australia, hukuman untuk kegiatan Pedophilia ni agak berat dan pemangsa akan diburu hingga ke lubang cacing. Di negara luar, jenayah Pedophilia ni sangat serius dan tahap kesedaran orang awam sangat tinggi. Di sana, mereka alert jika seseorang itu adalah Pedophilia.

bersambung...


No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)