KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 2]

KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 2] - Kenapa Richard ni jadi famous? Sebab didalam forum, dia terkenal sebagai seorang yang suka cakap besar dan berperangai pelik.

Dia ni juga seorang yang agresif dan material abuse yang di-upload terlalu banyak. Polis mendapat maklumat bahawa dia ni rakyat britain, tinggal di Malaysia secara tetap sejak 2010. Richard juga mengaku dia adalah pastor(paderi) Kristian dan tinggal di kawasan kampung, pinggir bandar ibukota.

Richard ni seorang yang pandai menangkap gambar. Dekat kampung dia jadi jurugambar secara percuma, disamping itu dia mengajar kanak-kanak di sana Bahasa Inggeris dan tinggal bersama satu keluarga berbangsa India di situ.

KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 2]

Hasil browse Facebook dan laman web, polis Autralia mendapat maklumat bahawa Richard akan balik ke Britain untuk menyambut Krismas pada tahun 2014. Polis Australia dan Britain bekerjasama dan sangat berhati-hati sebab takut Richard ni terlepas. Semua perancangan pihak polis menjadi dan Richard ditahan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Eksploitasi Kanak-Kanak dan Bahagian Perlindungan Dalam Talian NCA, sebaik dia tiba di lapangan terbang Gatwick.

Richard tidak mahu memberi kerjasama dan tidak mahu menjawab soalan polis. Kemudian, Richard diberi jaminan keluar lokap dengan syarat dia harus tinggal di rumah ibubapanya saja. Di rumah, ibunya bertanya tentang aktiviti penganiayaan kanak-kanak yang dilakukan oleh Richard, akhirnya Richard mengaku. Ibunya yang terkejut, terus menelefon polis kembali untuk menangkap Richard.


Laptop dan hard disk kepunyaan Richard adalah sulit. Selepas ditangkap semula, Richard memberi kebenaran polis untuk membuka hard disk dan laptop kepunyaannya untuk mendapatkan bukti. Apabila dapat dibuka, pihak polis menemui berpuluh ribu gambar dan video tentang penderaan seksual kanak-kanak.

Bayangkan dengan 1 laptop dan satu hard disk, polis menemui berpuluh ribu gambar dan video mangsa Richard ni dan mangsanya adalah KANAK-KANAK! Ada dua lagi hard disk yang Richard tak bagi polis buka. Difahamkan mangsa mungkin lebih kurang 200 orang, atau mungkin lebih lagi.

Bersambung...

2 comments:

  1. Allahu. Manusia zaman skrg byk yg rosak mental dan akhlaknya. Semoga kita terpelihara dr segala keburukan. Amin.

    ReplyDelete
  2. Allah.. baca tajuk je dah geleng kepala. Petanda dunia akhir zaman

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)