KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 1]

KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 1] - Orang yang nampak baik, janganlah disangka baik. Auni sekarang susah nak hormat orang lain, sebab bila hormat, rupanya duri dalam daging. Macam kes Richard Huckle ni, muka pun dah nampak baik dan pendiam. Tapi siapa sangka, dia antara penjenayah Pedophilia yang paling durjana.

Richard Huckle, pernah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana melalukan penderaan secara seksual terhadap 23 kanak-kanak di Malaysia dan upload video perlakuannya itu di dalam Dark Web.

Difahamkan, Richard ni buat jenayah hampir keseluruhannya di Malaysia, cuma orang Malaysia ni je tak sedar. Yang start detect kegiatan dia adalah pihak polis di Australia. Awalnya, mereka mendapat tahu tentang forum di Dark Web.

KISAH RICHARD HUCKLE : PEDOPHILIA DURJANA DISANGKA BAIK [PART 1]

Forum ini pula dipanggil True Love Zone (TLZ). Password semua dilindungi oleh specialist software. Semua member anonymous. Dan paling menakutkan, di forum ini, semua ahli DIWAJIBKAN untuk upload gambar & video penderaan seksual kanak-kanak secara berkala, kalau tak, diorang kena kick.

Maka, polis Autralia dan polis Eropah bekerjasama mendapatkan maklumat pasal forum TLZ ni. Diorang memang spend masa browse forum tu dan laman-laman chat Dark Web, dan internet biasa (WWW), lepas tu diorang perasan bahawa founder forum ni suka guna greeting pelik iaitu "Hiyas".



Lepas tu, diorang cari lagi menggunakan laman (WWW) dan terjumpa satu akaun Facebook yang menggunakan greeting yang sama namun akaun itu adalah akaun palsu. Cuma, pihak polis dapat mengesan empunya akaun itu dari gambar kenderaan yang digunakannya.

Individu tersebut bernama Shannon Mccoole. Dia bekerja di nursery kat Australia dan berumur 35 tahun. Semasa polis menyerbu rumahnya, Shannon ni tengah browse forum TLZ.

Pihak polis ambil gambar tangan Shannon dan di tangan Shannon ada satu tanda lahir yang serupa dengan tangan dalam gambar--gambar abuse di TLZ. Perkara itu sudah cukup untuk mendakwa Shannon di mahkaman. Next, semasa Shannon kena tangkap, browser dia masih dalam keadaan login di TLZ.

Polis mengambil kesempatan ini untuk browse ke forum itu, dan pihak polis perasan ada seorang ahli forum yang famous dalam forum tu sebab banyak upload gambar & video. Nak tahu siapa ahli tu, haaa si Richard Huckle ni lah.

Bersambung next entri.

1 comment:

  1. Allahu akhbar. Apalah yg ada dlm fikiran manusia mcm ni kan. Sepatutnya mereka mendapat hukuman yg setimpal...

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)