GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN ANAK MENAKAN

GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN ANAK MENAKAN - Assalamualaikum wbt. Bulan ni, Auni happy sangat dengan kehadiran orang baru dekat Teratak Abah dan Mama n. Gembira dia tak tahu nak cakap. Bukan apa, Auni sukakan baby, tapi disebabkan Auni tak mampu untuk mengandung, Auni selalu main-main dengan anak Kaklong. Kaklong pulak hanya kakak saudara Auni. Tapi, perasaan tu lain sebab bukan darah daging sendiri.

Tanggal 4 Februari 2018, adik ipar Auni telah melahirkan seorang baby boy yang diberikan nama Muhammad Umar. Nama diberi sebab adik ipar Auni suka pada Umar Al-Khatab.



Muhammad Umar dilahirkan sama tarikh dengan hari Ulangtahun Perkahwinan Abah dan Mama. Tiada hadiah yang lebih berharga bagi Abah dan Mama, bila dikurniakan cucu sulung yang sudah lama diorang tunggu. Maklumlah, Auni tak mampu bagi cucu. Alhamdulillah, adik Auni yang nama Adib tu dah perkenankan keinginan Abah dan Mama.

Walaupun baby Umar lahir pada 4 Februari, tapi kami sekeluarga hanya dapat berjumpa Umar pada 9 Februari. Umar mengalami sedikit komplikasi dan dilahirkan secara vacum. Umar juga dimasukkan di NICU untuk pemerhatian. Adik Auni dan isteri dia sangat emosi ketika ini.

Mungkin memiliki sifat Umar yang kuat berjuang, alhamdulillah Umar mulai sihat. Bila balik ke rumah, Auni jadi sebak. Ada satu perasaan yang tak mampu Auni nak gambarkan. Terasa macam anak sendiri. Kalau dah anak menakan sendiri kita dah rasa macam ni, macam mana lah kalau ada anak sendiri kan?

Auni takde rezeki part anak ni sebab akan memberi risiko tinggi pada Auni. Lagipun memang susah nak lekat sebab dari kecik Auni on treatment. Syukur Allah kurniakan Umar dalam kehidupan kami sekeluarga. Auni akan sayang baby Umar, seperti anak sendiri, insyaAllah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah dan tahniah buat family auni. Semoga umar menjadi anak soleh yg berjaya di dunia dan akhira.

    ReplyDelete
  2. tahniah kak auni! kite ni 13 org anak sedara xlarat nk lyan, tapi 1st anak sedara mmg lain tau, xcited lain mcm..

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)