DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 45

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 45 - Sabrina meminta Daniel mengaturkan perjumpaan dengan Elis untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi menjaga Alia dan membantunya. Sabrina bertanya tentang Elis dan Daniel mengelak. Elis risau jika Sabrina mengetahui tentang kisah silamnya bersama Daniel.

Azril sekali lagi mengganggu Vivy dan cuba menyakiti hati Vivy. Azril kerap bercakap Sabrina akan dapat anak lelaki dan Vivy akan disingkirkan. Azril juga asyik mengajak Vivy melarikan diri dan berkahwin dengannya. Delaila yang melihat Azril berdua-duaan dengan Vivy, mengamuk dan mengherdik Vivy. 

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 45


Daud banyak meluangkan masa bersama Rosy dan anaknya, Mira. Dia seolah tidak kisah lagi tentang Syida. Mira pula seolah-olah menyukai Daud.


Semasa berjalan-jalan bersama Daniel dan Yusuf, Vivy didatangi seorang wanita yang mengaku dia ibu kandung Yusuf. Vivy mengingatkan wanita tadi tentang perjanjian mereka semasa wanita itu memberikan Yusuf pada Vivy.

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)