DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 44

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 44 - Daud menawarkan Rosy bekerja di pejabatnya. Di rumah, Daud masih bersikap dingin dengan Syida kerana terasa hati Syida lebih mementingkan perniagaan dari hal di rumah. Tidak lama kemudian, Rosy bersetuju untuk bekerja di syarikat Daud.



Di rumah Datuk Sherry, Delaila mengamuk kerana Yusuf asyik menangis. Vivy tidak dapat memujuk Yusuf sementara Mak Kiah senang untuk mendiamkan Yusuf. Sabrina gembira dengan penerimaan Datuk Sherry terhadap Alia.
Vivy gembira dengan kedatangan Sabrina dan Alia. Namun Delaila tidak suka akan kehadiran Alia dan juga Yusif di rumah itu. Delaila juga memarahi Sabrina dan Delaila kemudian dimarahi oleh Daniel yang sakit hati dengan sikap Delaila.

Sabrina menegur akan perbuatan Daniel. Dia risau jika Datuk Sherry kembali membenci Alia. Malam itu, ibu kandung Yusuf datang ke halaman rumah Datuk Sherry dan berjanji akan menuntut Yusuf kembali.

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)