PENGALAMAN ULAR TEDUNG SELAR MASUK RUMAH

PENGALAMAN ULAR TEDUNG SELAR MASUK RUMAH - Siapa ada pengalaman ular masuk ke dalam rumah? Auni tak sangka akhirnya kami sekeluarga mencipta pengalaman yang satu ini. Bukan apa, selalu baca pengalaman orang lain je.

Alkisahnya semalam nak gerak pergi rumah Atok. Tengah bersiap-siap, dengar jiran menjerit-jerit. Ingatkan panggil anak jiran sebelah, rupanya depa pakat panggil Abah. Mujur Mama perasan yang jiran tengah menjerit tu.

"Cikna..cikna jangan keluar. Ada ular kat pagar.." .. Mama dah start panik. Tutup grill semua. Tak lama lepas tu, suasana dah start kecoh. Dalam fikiran Auni, ular kecik je. Bila tengok, terus menggigil. Ini realiti! Besar weyyyyyy !




Kami buat cool lagi, tapi dari pagar, dia melingkar ke pasu-pasu, masuk bawah kereta dan terus ada betul-betul depan pintu rumah. Auni dah mula suspense. Tunggu bomba pun lambat kemain. Mama dah tak tentu arah.

Ular tu tayang muka kejap dekat tingkap, dia sambung melingkar keluar. Masa tu, Abah pulak tunjuk berani nak pergi kepit ular tadi dengan grill. Elok je Abah kepit, ular tu berpusing dan kepala dia mengembang.

Korang boleh layan video yang Auni upload dekat Facebook.



Amacam? Besar tak? Bila tengok video ni memang segala trauma dan fobia datang. Tuan suami ada cakap dekat Auni, ular ni jelmaan jin aje. Kalau ular biasa dia takkan datang nak masuk rumah. Semalam pun adik ipar Auni yang tengah sarat mengandung ada dekat rumah. Tuan suami kata ular jelmaan jin ni memang berkenan dengan bayi dalam perut selalunya.

Wallahualam lah kan? Tapi kami masih risau lah nak keluar rumah. Sebab bila bomba sampai semalam, ular tu dah lesap ntah kemana-mana. Apapun, amalkanlah zikir Nabi Nuh.

Salamun a'la nuhin fil alamin & Laillahaillah anta subhanaka inni kuntu' minal zolimin .

InsyaAllah , Allah swt lindung :)
.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI PENGALAMAN ULAR TEDUNG SELAR MASUK RUMAH

3 comments:

  1. Alhamdulillah semua selamat ye. Kena hati2 lepas ni auni. Take care.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. takutnya. Alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)