JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN SOKONGAN ORANG LAIN

JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN SOKONGAN ORANG LAIN - Sebagai manusia, adakala kelemahan membuatkan kita rasa stress dan kemurungan (depressi). Ada orang, dia sangat memerlukan sokongan moral daripada orang lain, ada orang pula, dia lebih memberi sokongan kepada diri sendiri.

Sokongan dari ramai orang, belum tentu dia memahami keadaan kita. Adamasa kita meluahkan, jawapan yang diberi hanyalah jawapan klise iaitu, "Allah uji sebab DIA sayang" atau... "sabar". Jawapan klise seperti ini adakala boleh membuat individu yang depress, lebih bertambah depress, termasuk Auni.

JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN SOKONGAN ORANG LAIN

Sebab apa? Sebab selalu mendengar nasihat yang sama berulangkali. Seakan lali di telinga, tidak lagi membantu menenangkan jiwa.

Auni, tak suka menasihati orang dengan cara macam ni. Lebih kepada suka suruh orang enjoy dengan kehidupan dia je. Kalau nak compare dengan hidup Auni, lagi sukar sebenarnya. Asyik ada masalah duit, hidup pun menumpang dan macam-macam lagi masalah. 

Berbalik kepada tajuk, kita perlu cuba untuk tidak mengharapkan sokongan orang lain. Tak semua yang boleh positif dengan luahan kita. Bila kita luah apa yang terbuku, ada diantara manusia sekeliling yang kata kita tidak bersyukur.

Maka, berilah sepenuh sokongan pada diri sendiri. Bila jatuh, bangun lagi. Kalau tidak mampu berlari, cukuplah hanya berjalan terus. Jangan terlalu meratapi jika orang tak mampu memahami keadaan kita. Hanya kita tahu, diri kita.

5 comments:

  1. betul...hidup kena sentiasa berdikari.

    ReplyDelete
  2. yg penting kena selalu kuat. at least bila takde yg support kita, kita cukup kuat utk berdiri sndiri..

    ReplyDelete
  3. Mama setuju auni.. apapun Kita perlu kuat. Tak perlu harapnorg lain

    ReplyDelete
  4. Betul tu auni...kadang2 kena ajar diri sendiri supaya kuat

    ReplyDelete
  5. Sokongan diri sendiri yang paling penting sebenarnya. Orang lain kadang tak faham dgn situasi kita. Bila kita luah katanya kita tak kuat dan sebagainya. Be strong tau auni. InsyaAllah ada 1001 nikmat menanti Auni. ❤

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)