SINOPSIS RUMAH NO.10 (ASTRO CITRA)

SINOPSIS RUMAH NO.10 (ASTRO CITRA) - Semalam, Astro telah menayangkan telemovie Citra Esklusif berjudul Rumah No.10. Selalu drama macam ni memang bergenre seram lah kan? Auni sempat jugak menonton semalam walaupun pening sikit scene dan tayangannya.

SINOPSIS RUMAH NO.10 (ASTRO CITRA)

JUDUL : RUMAH NO.10
GENRE : Telemovie, Seram, Misteri
PENGARAH : Ashraf Jurey
SKRIP : Haida Mazni
PENERBIT : Dato' Jurey Latiff Rosli & Amierah Jurey
PELAKON : Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Dalimawati, Jay Iswazir & Melanie

SINOPSIS RUMAH NO.10
Syarikat Hafiz disahkan muflis. Dia terpaksa mencari rumah lain dan membawa isterinya, Herlena. Herlena awalnya tidak boleh menerima kenyataan itu. Mereka telah berpindah ke sebuah kampung di mana rumahnya No.10. Orang kampung mengatakan rumah itu berpuaka.

Herlena sering mendapat bayangan tentang pemilik asal rumah itu iaitu Latiff dan Nora. Dia menjadi kemurungan kerana gangguan itu.

Setelah diselidik, rupanya Nora mati dibunuh suaminya, Latiff, akibat sikap cemburu Latiff. Namun mayat Nora tidak diketemui.

1 comment:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)