SINOPSIS POOR SENORITA (TELENOVELA TV3)

SINOPSIS POOR SENORITA (TELENOVELA TV3) - Sejak bebudak cuti sekolah, rasa macam dah lama tak layan siri telenovela. Last sekali haritu layan Ysabel. So, bebudak pun dah start sekolah, maka TV3 kembali menayangkan siri Telenovela dari Filipina ini.

Auni tak sempat lagi nak menonton. Cuma semalam tengok sikit-sikit je la. Drama ni mungkin bukanlah drama airmata ye, sebab Telenovela bertajuk Poor Senorita ini, lebih kepada drama komedi.

Tapi tapi tapi, baca sinopsis macam sedih arr pulak. Nanti kita layan laaa sama-sama ye...

SINOPSIS POOR SENORITA (TELENOVELA TV3)

JUDUL : POOR SENORITA
GENRE : Drama, Komedi
HARI/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 3 petang
PENGARAH : Dominic Zapata
PELAKON : Regine Velasques, Mikael Daez, Ayra Mariano, Jillian Ward, Miggs Cuaderno, Zymic Jaranilla & Caprice Cayetano

SINOPSIS POOR SENORITA (TV3)
Rita adalah satu-satunya anak perempuan kepada Daniel. Ibunya meninggal ketika dia masih kecil. Dia dibesarkan oleh bapanya. Dia dilayan ibarat seorang puteri dan segala kemahuannya diutamakan.

Keluarganya memiliki kilang sabun. Ibu Rita membina perniagaan itu sebelum dia meninggal dan akhirnya segala urusan kilang diserahkan kepada Daniel.

Tetapi, akhirnya nanti Daniel akan mati kerana mengidapi kanser perut dan Rita menjadi anak yatim piatu. Sebelum meninggal, Daniel memberitahu Rita supaya jangan mempercayai sesiapa. Rita berpegang pada janji yang dibuat bersama bapanya.

Rita mempunyai seorang makcik bernama Deborah. Untuk meneruskan hidup, Rita menggunakan duit simpanan bapanya untuk memulakan perniagaannya sendiri. Dia mula membangunkan kilang minyak wangi yang diberi nama "Senorita Scents". Kerana Rita mempunyai kemahiran dan strategi yang baik, perniagaannya bertambah maju. Dan tanpa rasa bersalah, makciknya Deborah tiba-tiba ingin menuntut harta keluarga Rita.

SINOPSIS POOR SENORITA (TELENOVELA TV3)

Rita telah disahkan mengidap kanser perut, sama seperti bapanya. Doktor mengjangkakan Rita akan hidup lebih kurang 3 bulan. Akhirnya Rita mengagihkan hartanya dan separuh diberikan kepada Deborah, dan separuh lagi pada Jabatan Amal. Rita juga berharap dia menemui cinta sebelum dia mati. Dia juga cuba membunuh diri tetapi berjaya.

Rupa-rupanya, doktor salah diagnos penyakit Rita. Rita kembali pada Deborah dan meminta hak-nya semula, tapi sudah terlambat. Pada masa yang sama, Deborah merancang untuk membunuh Rita.

Rita cuba bersembunyi. Apa yang akan berlaku pada Rita nanti?

ENTRI BERKAITAN :

1 comment:

  1. Boleh pulak salah diagnosis ye. Hehe. Cikla pun tgk gak cite ni Kdg2

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)