RESEPI PERIA GORENG TELUR MASIN

RESEPI PERIA GORENG TELUR MASIN - Menu ni dah lama sebenarnya dalam simpanan. Cuma Auni nak share lah untuk korang yang jenis bosan dengan menu yang sama je kan? Auni suka telur masin tapi part kuning tu je. Hehe..

RESEPI PERIA GORENG TELUR MASIN

RESEPI PERIA GORENG TELUR MASIN
Bahan-bahan :
Peria katak secukupnya - hiris nipis
1 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu besar tepung beras + 1 sudu besar tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk lada hitam + Secubit garam
------------------------------
1 sudu butter
2 ulas bawang putih - cincang
Cili padi - ketuk
Daun kari
Telur masin yang sudah direbus secukupnya - cincang sikit
Garam dan gula jika perlu
---------------------------------

Cara-cara :
Peria yang dihiris, dicelupkan ke dalam telur dan kemudian celup di dalam tepung dan goreng. Kemudian tos dan ketepikan.

Cairkan butter, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Biarkan wangi kemudian masukkan telur masin dan peria yang digoreng tadi. Tabur gula garam secukupnya.

Sebaiknya telur masin tu janganlah rebus sampai keras ya? Kuantiti bahan mengikut keperluan korang. Selamat mencuba.

6 comments:

  1. akak tak pernah buat lagi version ngan telur masin..nanti nak try

    ReplyDelete
  2. huihhhh...Sally nak makan peria pun fikir 2-3 kali..hehehe...tapi nk try tukar cendawan :P

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba resepi dgn telur masin ni nantii

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lg ni.. terima kasih bg idea.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)