RESEPI AIR ASAM SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR

RESEPI AIR ASAM SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR - Dah lama Auni tak share resepi kan? Harini nak share resepi simple je. Semua orang tahu nak buat. Dah banyak pun orang share kat Google. Tapi ini resepi Auni sendiri lah ye? Kalau sama tu mohon ampun siap-siap.

Air asam memang sedap makan dengan ikan bakar kan? Auni tak suka ikan bakar kosong. Sangat prefer makan dengan ikan bakar bersambal. Aduh... pagi yang sejuk ni, menaip pun dah ngencessss.

RESEPI AIR ASAM SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR

RESEPI AIR ASAM SEDAP

Bahan-bahan :
Beberapa biji cili padi - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris dadu dan halus
1 biji bawang merah - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
5 biji limau kasturi - ambil jus
1 biji limau nipis - ambil jus dan hiris kulit limau
2 sudu besar air asam jawa Adabi Extra - bancuh dengan 1 cawan air
Secubit belacan
Secubit garam
3 sudu kecil gula

Cara-cara :
Gaulkan semua bahan sekali. Auni suka buat at least 1 jam awal, so bahan-bahan dia dah mesra dah. Selamat mencuba :)

5 comments:

  1. Sedap dan saya selalu nasihatkan pesakit saya supaya perbanyakkan pengambilan protein. salah satu darinya ialah dengan memakan ikan bakar. Seekor sehari pun tak apa. Kalau tak cukup, 2 ekor sehari pun tak menjadi masalah.

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya terus terliur mama tgk

    ReplyDelete
  3. Ikan bakar dengan air asam mmg sedap kan kak Auni. Hihi. :)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)