RASA BERDOSA, MULA DENGAN MAAFKAN DIRI SENDIRI

RASA BERDOSA, MULA DENGAN MAAFKAN DIRI SENDIRI - Dah lama tak taip perkara serius macam ni. So, awal tahun ni, Auni mulakan dengan perkongsian yang baik-baik. InsyaAllah.

Manusia tak lari daripada dosa, begitu jugak Auni. Kalau siapa kenal Auni 'yang dulu', mungkin tak mahu dah berkawan dengan Auni. Yang masih kekal bersahabat, Auni bersyukur sangat. Auni yang dulu, memberontak teramatlah teruk.

Disebabkan memberontak, Auni dah tak fikir apa yang Auni buat betul ke tidak. Auni rasa teruk sangat bila ingat balik. Rasa berdosa malukan parent. Rasa berdosa yang amat-amat sangat. Auni actually depress bukanlah sebab sakit sangat, tapi lebih terkenang dosa besar yang lepas-lepas.

Tak terhitung :'(


Setiapkali Auni cerita pada tuan suami, Auni menangis. Auni tersangat-sangat takut. Entah apa yang Auni buat dulu. Rasa seolah tiada kemaafan.

Tuan suami cuba tenangkan Auni....

"Sayang, cuba maafkan diri sendiri, kerana berlaku zalim terhadap diri sendiri"....

*bisu sekejap*

Setiap manusia tu ada khilaf tanpa sedar kan? Tapi masihkah lagi ada peluang untuk menjadi lebih baik? Tepuk dada. Kita nak kekal disitu, atau terus melangkah ke depan?

_..-..-- Tunsha Ayunie --..-.._

3 comments:

  1. Allah tu kan Maha Penyayang. Rahmat Dia seluas lautan. Manusia tu lemah sifatnya. Kesalahan dan kesalan tu pasti ada. Maafkan diri sendiri dan jgn terus menghukum dgn perkara yang lps. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun baru ni, lebih cuba untuk bertenang. Semoga Allah lindung...

      Delete
  2. Setiap manusia di muka bumi ini tidak lari dr membuat silap, yg penting kita sedar kesilapan kita, berubah menjadi lebih baik..InsyaÁllah...maafkan diri sendiri dan hidup lebih baik..

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)