KISAH TEMU JANJI DI UNIT PEMBEDAHAN AM

KISAH TEMU JANJI DI UNIT PEMBEDAHAN AM - Masih tak habis lagi workout dan exam sebelum pembedahan Paratyroid. Semalam, 25 Januari 2018, Auni ada temujanji dengan Pakar Bedah. Waktu temujanji adalah jam 8 pagi.

Kali ni Allah betul-betul duga Auni jugak. Bayangkan terpaksa tahan hati sebab tuan suami tengah sakit akibat jatuh haritu, so dia jalan agak lambat. Dalam perjalanan, dekat depan Ampang Point jammed teruk. Sampai HKL pukul 9 lebih.

Sampai HKL, Auni perlu pergi Unit Nephrology dulu untuk ambil surat appointment. Nephrology tingkat 3. Seusai naik lif, Auni keluar dan baru sedar Auni berada di tingkat 2. Tunggu lif je dah berminit-minit. Lepas tu, naik tingkat 3, then Unit Pembedahan Am di tingkat 2, turun lagi.

KISAH TEMU JANJI DI UNIT PEMBEDAHAN AM

Dah sampai Unit Pembedahan Am, tulis detail semua, tunggu staff bagi nombor. Dah dapat nombor, hampir 2 jam baru nama Auni dipanggil. Tuan suami tak teman kali ni sebab parking full. Emosi sangat time ni tau.

Walaupun nombor tu nampak macam dah dekat, tapi biasalah. Nombor yang dipanggil akan jadi lompat-lompat.

Jumpa Pakar Bedah, buat Ultra Sound lagi sekali. Buat Ultra Sound je makan masa dalam setengah jam kot. Takpe lah, redha je la padahal dah sakit tengkuk dengan belakang sebab kena mendongak je.

Selesai jumpa Pakar Bedah. Nanti Auni share pasal jumpa Pakar Bius pulak. Thanks sudi baca :)

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)