JUMPA PAKAR BIUS DI KLINIK ANESTETIK HKL

JUMPA PAKAR BIUS DI KLINIK ANESTETIK HKL - Rasa lemah masih terasa. Macam tak berehat Auni minggu ni. Asyik ulang-alik HKL dan Hospital Ampang. Macam ni laa orang sakit, nak duduk rumah sangat pun tak boleh. Appointment sana sini.

Lepas jumpa Pakar Bedah hari Khamis, petang tu Auni dialisis. Habis dialisis hampir pukul 9 malam. Lepas tu Jumaat (semalam), pagi-pagi dah bangun untuk continue appointment dengan Pakar Bius di Klinik Anestetik. Semalam memang Auni rasa nak tumbang, tapi lawan diri sendiri jugak.

JUMPA PAKAR BIUS DI KLINIK ANESTETIK HKL


Appointment pukul 9am. Auni sampai ke HKL dalam pukul 8 lebih. Dah sampai tu, Auni perlu ke Klinik Pembedahan Am dulu, untuk tunggu staff guide Auni ke Klinik Anestetik. Dalam otak fikir.. "Macamlah aku tak boleh pergi sendiri..." .. Tapi Auni lupa, staff ada pegang fail kesihatan Auni.

Untuk tunggu staff yang free, boleh kata hampir sejam Auni menunggu. Mata memang dah rabak, Tuan suami suruh pergi next week tapi Auni jenis tak suka bertangguh, nanti lagi lambat. So, lepas hampir sejam tu barulah staff panggil, guide Auni pergi Klinik Anestetik guna lif bomba.

JUMPA PAKAR BIUS DI KLINIK ANESTETIK HKL
Ini sebab terlalu relaksss sampai bosan.

Dekat Klinik Anestetik ni Auni lebih relaks sikit sebab tak ramai orang. Tunggu pun takde lah lama sangat. Sejuk pun sejuk sampai rasa nak terlelap mata ni. 

Bila nombor dipanggil, ingatkan terus jumpa doktor. Tapi bukan. Staff nurse ambil tekanan darah, tinggi dan berat. Lepas tu buat ECG. Tahu tak ECG tu apa? ECG tu adalah singkatan bagi Elektrokardiogram. Ianya merupakan satu prosedure untuk melihat sebarang komplikasi dan keaktifan jantung.

JUMPA PAKAR BIUS DI KLINIK ANESTETIK HKL
Ujian ECG dijalankan.

Lepas dah buat ECG, kena tunggu lagi sampai doktor panggil. Tak lama pun tunggu. Dalam 10 minit macam tu, doktor dah panggil. Masa jumpa doktor ni macam lama sangat. Lama dia explain pasal risiko ubat bius nanti.

Sebab apa risiko? Doktor cakap paru-paru Auni agak lemah. So mungkin nanti Auni akan kurang oksigen. Sebab bila ubat bius dah masuk dalam badan, tekanan darah akan jadi sangat drop. Doktor jugak bagitau pada Auni, kalau Auni kurang oksigen, dia akan masukkan satu tiub pernafasan ke dalam mulut Auni.

Bila doktor explain tu, Auni just bayangkan laa keadaan Auni nanti. Auni dah lama tak kena ubat bius. Dengan antibodi sekarang yang tak berapa stabil, ada sedikit risau disitu. Tapi kena kuat weyyy.. Kalau tak kuat, macam-macam jadi.

Next? Buat OGDs pulak. Apa tu? Haaaa masukkan sejenis wayar yang ada kamera ke dalam mulut melalui saluran pemakanan. Baca pun dah seram kan?  Lambat lagi, 2 minggu lagi. Nanti Auni share experience Auni melalui ujian OGDs. Thanks sudi baca :)

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan auni ye. Mama baca pun Seram. Semoga auni terus tabah Dan cpt sihat

    ReplyDelete
  2. semoga allah permudah urusan auni ye..sis JM yg baca ni pu dah rasa seram..inikan pla auni yg perlu lalui..sabar dan tabah ye

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)