INSIDIOUS THE LAST KEY : MASA LALU YANG MENGHANTUI ELISE

INSIDIOUS THE LAST KEY : MASA LALU YANG MENGHANTUI ELISE - Semalam sempat menonton Insidious : The Last Key di One Cinemas. Sebenarnya Auni takde la excited sangat pun, cuma ikut tuan suami yang memang follow filem ni dekat panggung dari awal. Dia yang excited lebih. Haha!

The best thing, tuan suami asyik terkejut je. Auni memang tak sarankan orang yang sakit jantung menonton filem ni dekat panggung wayang. Sebab dada boleh stuck woooo asyik tekejut. Permainan background sound filem ni memang menjadi sangat dengan babak yang ditayangkan.

INSIDIOUS THE LAST KEY : MASA LALU YANG MENGHANTUI ELISE

JUDUL : INSIDIOUS : THE LAST KEY
GENRE : Seram
MASA : 103 minit
PENGARAH : Adam Robitel
PENULIS : Leigh Whannell
PELAKON : Lin Shaye, Angus Sampson, Leigh Whannell, Spencer Locke, Caitlin Gerard & Bruce Davison

SINOPSIS INSIDIOUS : THE LAST KEY
Mengisahkan perjalanan hidup Elise Rainier ketika kecil pada tahun 1953. Elise telah dianugerahkan dengan kebolehan melihat makhluk di alam ghaib. Dia tinggal bersama ibunya Audrey, bapanya Gerald dan adiknya, Christian. Mereka tinggal di New Mexico, berdekatan penjara. Bapanya adalah seorang algojo. Iaitu orang yang ditugaskan untuk menjalankan hukuman mati pada orang yang bersalah.

INSIDIOUS THE LAST KEY : MASA LALU YANG MENGHANTUI ELISE
Young Elise Rainier

Kebolehan Elise mendapat tentangan daripada bapanya. Elise akan dipukul setiapkali dia memberitahu dia nampak ada makhluk lain yang mendiami rumah mereka. Orang yang mempercayai Elise hanyalah ibunya, Audrey.

Audrey mati akibat kuasa jahat yang merasuk Elise ketika itu. Setelah remaja, Elise sudah tidak sanggup lagi dipukul oleh bapanya. Elise telah melarikan diri dan meninggalkan adiknya, Christian.

INSIDIOUS THE LAST KEY : MASA LALU YANG MENGHANTUI ELISE
Imogen & Anna

Setelah bertahun lamanya, Elise telah kembali ke rumah itu kerana pemilik baru rumah tersebut memerlukan pertolongan. Elise kemudian bertemu kembali dengan Christian, namun awalnya, Christian tidak mahu melayan Elise kerana sakit hati dengan kakak yang meninggalkannya.

Tanpa diduga, anak perempuan Christian, iaitu Imogen Rainier, turut mempunyai kebolehan melihat makhluk alam ghaib, sama seperti Elise.

REVIEW PLOT - INSIDIOUS : THE LAST KEY
Filem ini mempunyai banyak flashback tentang siapa Elise Rainier di waktu kecil. Di sebalik itu, ada kuasa jahat yang mempengaruhi orang di sekeliling Elise, termasuk bapanya. 

Di pertengahan cerita, rahsia dan misteri yang berlaku di rumah itu terbongkar perlahan-lahan. Satu roh telah membimbing Elise dan Imogen untuk merungkai rahsia itu. Roh itu bernama Anna. Siapa Anna? Korang kena laaa tengok sendiri.

Wujudnya roh jahat yang dikenali sebagai Key Face, memporak-perandakan lagi kerja Elise. Elise mendapat tahu roh jahat itu sudah mengunci jiwa bapanya di alam penjara. Maksudnya, yang selama ni pukul Elise, bukanlah jiwa bapanya yang sebenar.

Old Elise Rainier & Audrey

Agak memeningkan juga filem ini kalau tak pernah tengok dari Insidious 1. Memang korang akan terfikir kenapa, kenapa, kenapa? Filem ini juga adalah prekuel dari season-season yang lepas. So korang memang kena tengok dari Insidious 1 barulah faham sikit-sikit.

Seram tak?
Auni rasa kali ni tak berapa seram tapi lebih kepada thriller la. Lepas tu asyik terkejut-terkejut je. Boleh gegar jantung woooo. Kalau korang rasa jantung tak kuat, it's better tengok dekat rumah je. Ok, sekian review pendek dari Auni.

RATE : 4.0 out of 5 ★★★★

2 comments:

  1. Macam aduhhhhh.. nak tengok tapi kang ada yg skait jantung pulak ni kang.. haha

    ReplyDelete
  2. cikyan dah tgk.. best.. tp byk terkejut2.. hantuuu..

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)