DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 32

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 32 - Vivy mengeluh kerana Daniel masih tidak mengendahkannya. Dia merasakan bahawa Daniel tidak bersikap adil padanya.Daniel pula mula menyalahkan Vivy dan menuduh Vivy mementingkan diri sendiri.

Delaila mula dengan sikap meroyannya. Dia marahkan Azril kerana pergi bekerja. Dia ingin Azril sentiasa meluangkan masa bersamanya.

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 32

Hubungan Daniel dan Sabrina agak dingin. Azril menasihati Daniel untuk meluangkan masa bersama Vivy. Daniel menerima nasihat Azril dan mula mengajak Vivy pergi bercuti.

Syida pula mula memprotes Daud kerana baginya Daud tidak jujur. Daud merahsiakan tentang hubungannya dengan Delaila, tanpa pengetahuan Syida.

Daniel memberi alasan kepada Sabrina bahawa dia ada kerja dan harus ke luar kawasan, sedangkan Daniel pergi berbulan madu bersama Vivy. Azril pula merancang ingin membawa Sabrina ke tempat Daniel berbulan madu, dengan harapan Sabrina mengetahui tentang hubungan Daniel dan juga Vivy.

1 comment:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)