LULUH HATI MELIHAT MANGSA PEDOPHILIA

LULUH HATI MELIHAT MANGSA PEDOPHILIA - Masa baca wall Auni Ameera, rasa tersentak dada Auni. Rasa tak boleh move on. Rasa sedih, nak menangis, semuanya ada. Mungkin perkara ni dah ada dari dulu, tapi tidak mendapat liputan media dan aktivis pun kurang. Sekarang ramai aktivis yang menentang Pedophilia.

LULUH HATI MELIHAT MANGSA PEDOPHILIA

Kenapa menentang Pedophilia? Kerana Pedophilia adalah satu jenayah wahai readers yang disayangi. Ramai ibubapa yang ambil remeh perkara macam ni. Hancur luluh hati Auni bila tengok video seorang apek meraba dada seorang kanak-kanak india, dan peha kanak-kanak terbabit.

Perkara ini mendatangkan trauma, atau keseronokan kepada kanak-kanak tadi, seusai dia membesar. Pedophilia bukanlah tergolong dikalangan orang luar saja, malah ahli keluarga sendiri. So sad, bila hidup dalam keluarga pun sudah tidak selamat.

Banyak kes bila anak-anak memberitahu ibu, ibunya buat tidak tahu. Lebih sanggup anak trauma dari bertindak mengadili. Terbaru Auni ada baca, ibubapa sendiri yang merosakkan anak dia. Atas alasan, lebih baik anak mereka itu rosak ditangan mereka, bukan kerana orang luar. Astaghfirullahalazim. Tak terbendung sebak didada ini.

Jagalah anak anda baik-baik. Pedophilia tidak mengira sesiapa, kerana mereka tidak akan menunjukkan diri mereka sebenar. Moga semua anak-anak kita, serta adik-beradik kita terlindung dari penjenayah senyap ini.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Takutnya..benda ni boleh jadi kt budak lelaki dan perempuan. Walaupun xde anak tapi risau jugak kenangkan apa lah nk jadi pada generasi akan dtg.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)