TEMU JANJI DI UNIT ULTRA SOUND HOSPITAL KUALA LUMPUR

TEMU JANJI DI ULTRA SOUND HOSPITAL KUALA LUMPUR - Semalam Auni ada temujanji dekat unit ultrasound. Untuk prosedure pembedahan hypertyroid, memang banyak sungguh prosedurenya. Memang penat sampai rasa nak cancel je pembedahan tu. Tapi kalau tak buat, makin sakit pulak.

So pagi semalam, dari Rawang terus rushing ke Hospital Kuala Lumpur. Rasa berdebar-debar je sepanjang perjalanan tu. Dah la kena handle diri sendiri sebab tuan suami susah nak ke unit ultrasound tu. Sobsssss..

TEMU JANJI DI UNIT ULTRA SOUND HOSPITAL KUALA LUMPUR

Ultra sound ni macam-macam jenis kan? Auni buat dekat area leher sebab dia nak check tiroid tu. Seram pulak tengok dekat skrin ada lubang-lubang macam alien. Macam Auni, kepala harus didongakkan atas dari bantal. Lenguh oiiii.. Prosedure memakan masa lebih kurang setengah jam sampailah doktor yang scan itu puas hati.

TEMU JANJI DI UNIT ULTRA SOUND HOSPITAL KUALA LUMPUR

Datang awal pun tak menjamin yang korang akan paling awal. Standard lah kan dekat hospital lebih-lebih lagi dekat bahagian melibatkan ultrasound ni. Memang tersangatlah lambat. Tapi once nama dah kena panggil tu rasa lega kemain.

Apapun, Auni bersyukur dah settle untuk ultra sound. Ada beberapa lagi temu janji yang Auni nak settlekan termasuklah check jantung, paru-paru dan jumpa pakar bedah. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan Auni. InsyaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca entri TEMU JANJI DI UNIT ULTRA SOUND HOSPITAL KUALA LUMPUR

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan auni ye. Mama tau auni kuat

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Hai sis. Saya salah seorg yg selalu mengikuti kisah hidup sis. Actually kita dah berkawan di facebook. And actually arwah emak sy juga pernah mhidap penyakit ESRF mcm sis. Selama 6 tahun dia jalani dialisis. Bila sis bercerita psl dunia dialisis ni, sdikit sebyk sy teringat psl mak sy. dan dulu sy pun pernah bkerja di pusat dialisis. Dan mmg sntiasa berdepan dgn pesakit dialisis mcm sis.

    Semoga sis kuat menempuh ujian dari Tuhan.
    Semoga sentiasa positif kepada setiap kerana disitu terdapat hikmah yg kita sndiri mgkin xnmpk.
    Dan paling penting, Allah xmenguji di luar kemampuan hambaNya.
    U can do it, be strong ok ?!

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)