UJIAN SPIROMETRY DI INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI

UJIAN SPIROMETRY DI INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI - Hari Rabu haritu, Auni berhajat nak settlekan appointment ujian Spirometry yang tertangguh dekat Institut Perubatan Respiratori (IPR). Awalnya memang rasa malas nak pergi sebab penat sangat, tapi gigih jugak bangun pagi, bersiap-siap.

Bila sampai ke IPR, attendence situ bagitahu Auni, hari Rabu pagi memang tak ada klinik. So, dia suruh Auni datang semula pukul 2 petang. Auni frustrated jugak la sebenarnya sebab memang cadang nak settle cepat. Nak tak nak, ajak tuan suami balik rumah.

Dalam pukul 1:30 petang, kami dari Ampang kembali semula ke IPR. Masa datang memang dah ramai patient tengah tunggu turn. Auni dah berpinau kepala tengok ramai sangat orang. Bila nama Auni dipanggil, rasa lega kejap. Tapi rupanya cuma ambil blood pressure je. Kena tunggu lagi.

UJIAN SPIROMETRY DI INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI

Pukul 2:00 petang kami di IPR, hampir pukul 4:30 petang baru settle. Tapi lepas settle tu memang bersyukurlah sangat-sangat.

Ujian Spirometry ini untuk melihat kekuatan dan kesihatan paru-paru serta penafasan kita. Auni pernah buat sebelum ni dekat Hospital Ampang. Dugaan Auni masa buat ujian Spirometry haritu adalah, dada Auni hampir kejang. Mungkin sebab Auni tak makan dan antibodi terlalu letih. Nasib baik Auni tak pengsan dekat situ.

Alhamdulillah lepas satu, satu perkara lagi Allah swt permudahkan. Lepas ni nak set appointment jumpa pakar bedah pulak.

Terima kasih kerana sudi membaca entri UJIAN SPIROMETRY DI INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI

1 comment:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)