Header Ads

TIGA BARANG UNTUK BAYI YANG SEBENARNYA BAHAYA UNTUK BAYI

TIGA BARANG UNTUK BAYI YANG SEBENARNYA BAHAYA UNTUK BAYI - Tahukah korang bahawa walaupun barang-barang bayi tu nampak comel, tapi ada diantaranya memberi kemudaratan pada tumbesaran bayi?



Mungkin kita memandang remeh perkara macam ni sebab dari dulu pun kita dah nampak mak-mak kita pakaikan adik-adik sarung tangan dan sebagainya. Selain memberi efeksi pada tumbesaran, antara barangan bayi yang kita selalu guna, juga mampu membunuh. Auni akan kongsikan info dari Dr. Taufiq Razif tentang barang-barang bayi ini.



1) SARUNG TANGAN BAYI / BABY MITTENS

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa bayi mereka menggunakan jari untuk meransang otak mereka. Semakin banyak sentuhan dan ransangan taktil, semakin cepatlah berkembang otak anak-anak.

Boleh je nak pakaikan baby mitten tapi kalau boleh jarakkan penggunaannya. Sebaiknya tak perlu dah pakaikan baby mitten pada bayi yang sudah masuk 1 bulan. Biarkan anak meneroka dunianya sendiri dengan jari jemari dia yang comel tu.

2) WALKER

Ibu bapa selalu membeli walker untuk anak mereka cepat berjalan. Padahal, walker ini penyebab ransangan otak dan otot kaki anak menjadi semakin berkurang. Asas berjalan bagi seorang bayi (kanak-kanak) adalah seperti berguling, merangkak dan bermain di lantai.

Ada kes dimana anak melecur masuk ke unit kecemasan kerana tersimbah air panas akibat cerek air yang ditarik oleh anak yang sedang berada di dalam walker. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ini.

3) BANTAL

Yang bantal ni ramai tak tahu. Penggunaan bantal boleh meningkatkan risiko bayi meninggal secara tiba-tiba atau dikenali sebagai sindrom bayi mati mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome ).

Tanpa kita sedar, bantal hiasan tu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas! Sebab tu sebaiknya elakkan la pakai bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam. Tapi perkara itu tak mungkin kan? Jadi, bila nampak anak dah lena tu, alihkan la bantal tu semua kecuali anak kita dah berumur 2 tahun ke atas.

SUMBER : Taufiq Razif | Blog : Taufiq Razif | FB : Taufiq Razif

1 comment:

  1. aah kan , kadang tak terpikir plak sarung tgn tu leh jadi bahaya. thanks atas ingatan.
    blogwalking by LubukSeni.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.