TEMU JANJI DI UNIT OTORINOLARINGOLOGI HKL

TEMU JANJI DI UNIT OTORINOLARINGOLOGI - Susah kemain nak sebut. Nak taip ni pun kena fikir banyak kali. Cerita ni Rabu haritu. Ingat nak update on the day tapi Auni jadi stress sangat haritu so banyak tidur dari berjaga.

Sekadar perkenalan, Unit Otorinolaringologi ini merawat pesakit yang ada masalah berkaitan telinga, hidung, leher, mulut, dan kotak suara .


So, untuk temujanji kali ini, Auni harus ke unit Otorinolaringologi untuk pemeriksaan kotak suara. Memang lama nak tunggu giliran. Macam biasa perasaan dupdapdupdap tu ada tapi tak lah teruk sangat rasa nervous.

Auni pergi Klinik Otorinolaringologi Hospital Kuala Lumpur, di tingkat 6. Appointment pukul 10am, tapi Auni sampai depan kaunter pukul 10:30am sebab parking punya hal. Masa nak ambil nombor, tengok kemain ramai manusia. Stress jugak, sebab Auni sekarang jadi serabut bila tempat ramai orang.

Lebih kurang 40 minit, nombor dah naik.  Tapi lepas tu kena tunggu lagi. Dalam 20 minit kemudian baru nama dipanggil. Ingatkan lama laa proses nak check kotak suara tu, rupanya kejap je.

Korang tengok gambar atas tu. Macam tu laaa perawat check kotak suara Auni. Dia macam masukkan drill dalam tekak. Geli-geli macam rasa tercekik tapi prosesnya tersangatlah kejap. Tak sampai seminit pun sebenarnya. Haaa kejap kan?

Terima kasih kerana sudi membaca entri TEMU JANJI DI UNIT OTORINOLARINGOLOGI HKL

5 comments:

  1. selamat kejap je proses tu. kalau lama mau ada yang loya juga tu. semoga dipermudahkan segala urusan auni ye.

    ReplyDelete
  2. Prosesnya kejap aje.. Tapi menunggunya yang lama kan.. Standard hospital kerajaan..

    ReplyDelete
  3. mak aih rupa dia..semoga dipermudahkan auni..biasalah tu..tunggu lama proses sekejap

    ReplyDelete
  4. geligeli. hahaha. semoga terus kuat auni !

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)