Header Ads

KISAH SERAM DI GUNUNG NUANG HULU LANGAT

KISAH SERAM DI GUNUNG NUANG HULU LANGAT - Cerita pasal Hulu Langat kan, Auni memang tak suka lalu situ sebab rasa semacam lebih-lebih lagi malam. Pernah nampak kelibat gadis berpakaian baju sekolah, bila toleh balik tak ada. Hurm.. lagipun kawasan tu kan banyak kemalangan berlaku. So no wonder kalau ada makhluk Allah yang lain disitu.

Kisah ini mengenai seorang lelaki yang merupakan seorang pendaki. Niat hatinya ingin membantu kawan-kawan dia yang kepenatan dan cedera semasa mendaki Gunung Nuang. Namun ianya menjadi satu tragedi yang menyeramkan sepanjang hidup dia.


Ianya bermula bila ahli kumpulan pendaki kepenatan dan kehabisan bekalan makanan dan minuman. Adha, salah seorang pendaki telah menawarkan diri untuk mencari air. Dia meninggalkan kumpulan pendaki yang lain dalam pukul 5 petang. Destinasi untuk mengambil air di Kem Pacat dari Gunung Nuang.

Dalam kiraan rambang, perjalanan dari Gunung Nuang ke Kem Pacat hanya mengambil lebih kurang 15 minit sahaja. Adha meredah hutan seorang diri dan membawa botol-botol kosong. Sebelum tiba di Kem Pacat, Adha dah tak sedap hati lepastu dia berlari selaju yang mungkin malangnya pergerakan dia terbatas sebab hujan.


Sebelum sampai ke anak sungai, Adha terpandang satu bongkah batu besar ada di situ. Tiba-tiba je bulu roma dia dah meremang tapi dia teruskan juga perjalanan ke sungai untuk mengisi air didalam botol. Lepastu Adha cepat-cepat lah nak mendaki semula ke Gunung Nuang.

Tapi bila dia lintas je kat bongkah batu tadi, terus langkah dia terhenti. Tak semena-mena ada tiupan angin yang agak kuat dari bahagian kirinya. Serentak dengan itu juga, kaki Adha mengalami kekejangan dan dia kaku di situ.

Of coz laa dia panik. Kalau Auni pun panik. So Adha pun melilau-lilau lah tengok kot ada apa-apa kat situ. Pandangan Adha terhenti pada satu lembaga putih tidak jauh dari tempat dia berdiri. Walaupun hanya sekilas pandang, Adha yakin apa yang dilihat tadi. Lembaga itu merupakan sejenis pocong! Namun bila dia menoleh kembali, lembaga itu sudah tiada disitu.


Adha dah ketakutan dekat situ tapi ketakutan dia terubat terubat bila kawan-kawan dia muncul memanggil nama Adha. Dah ambil botol air semua, diorang pun meneruskan perjalanan menuju ke Kem Lolo.

Kisah gangguan pocong itu tidak terhenti setakat tadi. Ketika dalam perjalanan ke Kem Lolo, Adha sekali lagi diganggu apabila dia merasakan seolah-olah dilanggar sesuatu dari belakang lalu dia jatuh tersungkur. Kawan-kawan dia nampak dia jatuh, tapi tak nampak kelibat yang lain.

Akhirnya diorang sampai jugak laa kat kaki Gunung Nuang lebih kurang jam 9 malam. Lepas tu diorang sambung berjalan ke perkhemahan yang terletak dekat dengan chalet di Kampung Pangsoon.

Esoknya tu, member Adha bagitahu yang dia nampak satu lembaga putih tengah bertenggek atas pokok bersebelahan dengan khemah. Adha yakin "benda" yang dia nampak tu dah ikut dia dari Kem Pacat. Walaupun masih takut, Adha lega semuanya selamat dan ianya berakhir di situ. That's mean, Adha takdelah kena ganggu lagi.

SUMBER - KISAH SERAM

2 comments:

  1. Alamak baca malam2 Seram pulak

    ReplyDelete
  2. Nuang memang seram. Miera pun pernah alami. hahaha.. pengalaman.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.