PERKARA YANG MELIBATKAN ANXIETY DISORDER

PERKARA YANG MELIBATKAN ANXIETY DISORDER - Haritu Auni ada update dalam Facebook, adakah Auni gila sebab selalu berhalusinasi? Lepas tu kakak angkat Auni dari Singapore, terus je Whatsapp Auni. Dia marah sebab Auni anggap diri Auni gila.

She said I'm only in anxiety condition. Hmm.. Auni pun tak sure sangat pasal anxiety ni sebab segala yang Auni rasa, tak pernah pun Auni bagitahu doktor. Segalanya tanggung sendiri.

APA ITU ANXIETY DISORDER?

Anxiety Disorder ini lebih dikenali sebagai Gangguan Cemas. Maksudnya, cepat rasa cemas. Pesakit akan selalu mengalami kebimbangan yang melampau dengan perkara yang remeh temeh. Anxiety juga ada kena mengena dengan depressi.


PERKARA YANG MELIBATKAN ANXIETY DISORDER

  1. Anxiety membolehkan pemikiran menjadi kreatif dan mula mereka-reka sesuatu.
  2. Pesakit akan mulai risau tentang sesuatu perkara tanpa sebab yang kukuh.
  3. Akan menimbulkan perasaan takut akan kematian dan akan sentiasa memikirkan mati.
  4. Tiba-tiba akan berasa sesak nafas. (Dada seakan rasa ketat)
  5. Berharap menjadi dirinya sebelum menghidapi Anxiety.
  6. Adakala rasa dada dicucuk dengan benda tajam dan berasa ngilu.
  7. Kepala rasa melayang-layang dan akan hilang kawalan, seterusnya pengsan.
  8. Pengidap Anxiety tidak dapat ditenangkan. 
  9. Akan menangis tanpa sebab.
  10. Mereka yang mengidap Anxiety akan mudah sensitif.
  11. Pengidap Anxiety akan menjadi pelupa.
  12. Badan akan berdenyut-denyut.
  13. Mudah berasa letih walaupun tak buat kerja.
  14. Takut berjalan jauh kerana sentiasa risau akan bahaya.
  15. Menggigil dan menggeletar tanpa sebab.
  16. Pesakit juga akan merasa sunyi, terkejut, takut, risau, kecewa, dan tekanan.
  17. Fikiran mudah terganggu.
  18. Tidak boleh menerima tekanan kerana ianya memberi kesan kepada pengidap Anxiety.
  19. Bersosial bukanlah perkara yang menyeronokkan bagi pengidap Anxiety.
  20. Hilang keyakinan diri.
  21. Risau dengan perkara yang remeh.
  22. Agrophobia atau takut memandu.
  23. Berlakunya kemurungan.
  24. Lebih tenang bila bersendirian.
  25. Akan merasa sesuatu keadaan seperti tidak nyata dan seperti bermimpi.
  26. Pesakit anxiety akan mengalami sakit ulu hati, gastrik, dan masalah berkaitan dengan perut.
  27. Tidak boleh berseorangan dan sering memerlukan teman.
  28. Pengidap Anxiety biasanya tidak suka berada dalam kelompok yang ramai dan selalu berusaha lari dari keadaan itu.
  29. Jantung tiba-tiba akan berdegup laju dan pesakit akan memikirkan yang dia terkena serangan jantung.
  30. Akan bercerita dengan orang lain tentang masalahnya, tetapi tidak mampu menerima nasihat jika nasihat itu tidak membuatkan mereka tenang.


Ini adalah antara 30 perkara yang melibatkan Anxiety Disorder. Korang boleh baca banyak lagi di sini ---> PERKARA TENTANG ANXIETY

Rawatan terbaik untuk Anxiety Disorder adalah memperbanyakkan zikir dan membaca ruqyah. Selalunya kita memang sukar nak dekatkan diri pada Tuhan. Yang wajib itu sentiasa berat kan? Jangan paksa diri. Jika tak mampu ruqyah secara sendiri, mintalah ahli keluarga membantu.

Boleh baca perkongsian dari Dr.Zubaidi disini ---> RAWATAN TERBAIK UNTUK ANXIETY DISORDER

3 comments:

  1. Selalu kalau bab nak presentation haaa datanglah penyakit nie. hahaa

    ReplyDelete
  2. Bahaya ni sebenarnya anxiety disoder. Biasanya yang macam nervous akan kaitkan dengan anxiety disoder..

    tapi anxiety disoder tahap dia tahap tertinggi..

    Perasaan takut yang tiba-tiba muncul tanpa sebab.. kadang2 boleh berketar2 badan..

    Bahaya kan

    ReplyDelete
  3. saya selalu rasa mcm cemas sgt2 kalau terkejut. rasa nak tercabut jantung disertai dgn gigilan.. hahahhaa

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)