DAH KENAPA KALAU PERGI BILIK AIR PUN RINDU?

DAH KENAPA KALAU PERGI BILIK AIR PUN RINDU? - Saja laa nak sembang-sembang petang ni. Sebelum ni kemain hangat lagi kaum netizen Malaysia bercerita tentang hubungan Fattah Amin dan Nur Fazura.

Dari desas-desus yang tak pasti kebenarannya itu, tiba-tiba pulak wartawan update yang Fattah Amin dengan Nur Fazura pergi menunaikan umrah bersama-sama. Tup-tup balik Malaysia, depa buat Press Conference yang mengakui depa dah bertunang.

DAH KENAPA KALAU PERGI BILIK AIR PUN RINDU?

Selang seminggu lepas pengumuman itu, terus menikah. Sweetnya.. suka sangat! Tapi tapi tapi, tak semua suka dengan hubungan Fattah dengan Fazura walaupun depa dah menikah secara sah. Diantara mereka adalah fans ehem ehem ehem... (Takut kena kecam.. lolzzz)

So bila dah kahwin ni of coz laa kentut pun bau wangi. Dan sebenarnya tak salah Fazura pun kalau pergi bilik air pun rindukan suaminya Fattah. Normal laa wey baru kahwin. Auni yang dah 4 tahun kawin ni pun tak puas lagi rindukan suami kalau dia takde depan mata.

Yang peliknya adalah netizen yang sindir menyindir statement Fazura tu. Sakit hati bebeno dengan pasangan yang baru mendirikan masjid itu. Dah wartawan tanya, dia jawab laa. Kan Fazura tak pernah berkahwin. Bukan lebih afdhal ke kalau kita doakan je depa bahagia doonia akhirat?

Ok, dah habis bebel. Semoga Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga. insyaAllah :)

3 comments:

  1. Setuju dengan jawapan ni.
    Lagipun jawapan orang sedang berbahagia, macam-macam jawapan simbolik yang akan diutarakan mereka. Cuba dah setahun kahwin, Aci potong kuku, dah tak keluar lagi jawapan simbolik sebegini..

    ReplyDelete
  2. Biasalah..namanya pun netizen ikut suka hati dorang je nak komen apa tanpa amik kira isu sensitivity. Cuba drg yg jd public figure baru tau rasa kena kecam macam mana kan. Hehe.

    ReplyDelete
  3. i like your statement. biarlah diorg, adalah lebih baik mendoakn yg baik2 dr buat dosa kutuk yg bukan bukan :)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)