Header Ads

MUAT NAIK GAMBAR ISTERI DI FACEBOOK KEMUDIAN BELASAH ISTERI

MUAT NAIK GAMBAR ISTERI DI FACEBOOK KEMUDIAN BELASAH ISTERI - Auni rasa bila tengok drama Andainya Takdir, itu dah cukup extrem dah. rupanya ada yang lebih extrem. Dia yang muat-naik gambar isteri, dia pulak yang belasah isteri dia.


Kisah ini berlaku di Paraguay. Seorang isteri berumur 21 tahun, Adolfina Camelli Ortigoza, hampir tidak dikenali wajahnya kerana sering dibelasah oleh suaminya yang psiko.

Suaminya Pedro Heriberto Galeano yang berumur 32 tahun, akan bertindak ganas setiap kali ada sesiapa menekan 'LIKE' pada gambar isterinya di Facebook. Paling tidak masuk akal, suaminya cemburu kerana perbuatannya sendiri.

Adolfina Camelli Ortigoza

Galeano (suami Adolfina) akan mengawal akaun Facebook isterinya, memuat-naik gambar isterinya dan jika gambar itu mendapat "LIKE", Galeona akan membelasah, menendang dan menumbuk isterinya.


Wanita malang itu hidup dalam ketakutan setiapkali rakan-rakannya memberi LIKE atau komen di bawah status atau gambarnya. Mulut Adolfina akan disumbat dengan kain sebelum ditumbuk bertubi-tubi setiap hari!

Pedro Heriberto Galeano

Kerana takut menantunya mati, bapa mertua Adolfina sendiri yang pergi melaporkan kejadian itu kepada polis. Galeano ditahan dan didakwa dalam cubaan membunuh dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Makin hari dunia ni makin gila kan? Sebenarnya banyak kes macam ni berlaku dalam masyarakat kita. Tapi kebanyakkan masa taknak buat laporan polis sebab sayang dan kesiankan suami. Hurm.. Tak tahu nak cakap. Janganlah sampai merana badan tu baru nak menyesal.

Sanggup ke hidup dengan orang psiko macam ni? Mohon jauhkanlah.

6 comments:

  1. Ape ke psiko org neh..memg dr masalah otak ni

    ReplyDelete
  2. Allahh. Manusia 😢 kesiannya perempuan tu.

    ReplyDelete
  3. Hmmm seram nya baca. Dah kenapa dia sewel cmtu sekali, dia yg uplod gambar bini tapi bila org puji n like gmbr bini eh, dia yg meroyan

    ReplyDelete
  4. Teruknya kene belasah.
    Dah bengkak macam apa lagi muka tu

    ReplyDelete
  5. laki tu bengong.

    otak masalah kot.

    ReplyDelete
  6. biarlah jadi anak dara tua dari kahwin orang macam ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.