LEPAS HAJAT NAK MAKAN TEPPANYAKI

LEPAS HAJAT NAK MAKAN TEPPANYAKI - Kali terakhir Auni makan teppanyaki adalah pada tahun 2010. Lama kan? Sebelum ni teringin, Auni buat sendiri je. Tapi disebabkan mengada-ngada, plus sos dia macam tak sama macam Auni buat, Auni decide nak makan di luar aje.

Kebetulan pagi tadi Auni baru lepas appointment ultra sound. Memang puasa, dari pagi tak masuk apa-apa dalam perut. So Auni ajak laa tuan suami pergi makan teppanyaki dekat Mr.Teppanyaki. Teringin sangat pulak alkisahnya.

LEPAS HAJAT NAK MAKAN TEPPANYAKI
-Gambar tidak menenangkan-

Masa pergi tadi tak ramai orang even takde customer lagi pun sebenarnya. Kami first customer. Senang sikit, datang awal takde laa berebut plus Auni sekarang jenis stress kalau ramai-ramai orang. Rasa sesak nafas.

Kami order Chicken Teppanyaki yang berharga RM16.90 . Mulanya nak ambil video tapi tukang masak sejenis yang muka sposen dan masak pun slow motion je so tak jadi laa ambil video. Haha!

Dalam set teppanyaki ni, korang akan dapat sup miso, 1 cup nasi, dada ayam dipotong dadu dan  digoreng dengan sayur yang banyak. Ada jeruk dan bawang putih goreng. Tapi depa tengah promo so dapatlah ari teh o ais secara freeeeee.

Untuk satu set ni, Auni kenyang. Nasi pun jenis berkanji, sesuai untuk Auni yang kelaparan. Hahhaaha *tetibe* . Ok, terima kasih sudi baca. Terima kasih tuan suami belanja makan.

ALAMAT :
MR TEPPANYAKI FIESTA MALL
Ground Floor, Fiesta Mall, Jalan Cempaka, Ampang.

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)