KISAH SERAM KEMAYAN CITY JOHOR

KISAH SERAM KEMAYAN CITY JOHOR - So.. Auni pun tak tahu sebenarnya pasal Kemayan City ni walaupun ada darah Johor mengalir dalam tubuh badan ini. Cewahhh... Ehem... Kemayan City ini sekarang lebih dikenali sebagai Pa*****m Mall. Tempat nampak mewah sekarang walaupun sebelumnya adalah bangunan terbengkalai.

Bila dah terbengkalai tu korang faham-faham lah. Ada lah makhluk Allah yang lain akan menghuni tempat tersebut. Selain makhluk Allah yang mengambil dadah, makhluk ghaib pun berumah di situ. Banyak versi sebenarnya pasal Kemayan City ni.

Auni share ni bukan suruh korang takut pun. Kekadang kita kena percaya jugak pada benda ghaib.


KISAH PERTAMA KEMAYAN CITY

So kisah dia macam ni. Bangunan Kemayan City ini sudah terbengkalai sejak tahun 1998. Bagi orang Johor mungkin dah biasa tengok bangunan yang terbengkalai ni. Tapi bagi pendatang atau pelancong yang bercuti atau baru menetap di Johor, diorang seakan terpegun melihat Kemayan City dan tertarik untuk membeli belah di situ.

Kisah pertama yang amat popular dikalangan rakyat Singapura dan Johor adalah tentang sebuah keluarga ini. Asalnya diorang baru balik kenduri saudara di Melaka. So dalam perjalanan pulang tu, diorang melalui jalan Kilometer 13 Jalan Johor Bharu-Air Hitam, menghala ke pusat bandar. Dalam pukul 9 malam, diorang  tiba-tiba jadi tertarik pada bangunan di sebelah kiri jalan tu. Bangunan itu nampak cantik berlampu-lampu malah meriah dengan kunjungan manusia.

Dah jadi lumrah, kalau tengok tempat cantik,ramai orang pulak tu, mestilah nak singgah kan?

So keluarga ni tadi buat keputusan nak singgah kejap ke bangunan tu. Masa tu pulak diadakan majlis pembukaan secara besar-besaran. Diorang expect Kemayan City ni dah beroperasi semula, jadi diorang taknak lepaskan peluang. Hampir setengah jam di Kemayan City, diorang bercadang untuk singgah ke rumah saudara di Kampung Pasir.

Bila sampai je, diorang excited la cerita betapa bestnya majlis kat Kemayan City tadi. Tiba-tiba saudara diorang buat muka pelik dan terkejut. Diorang bagitahu bahawa Kemayan City tu tak beroperasi pun, ianya bangunan terbengkalai dan usang.

Keluarga Singapura ini suspen laa sebab diorang sempat "shopping" sikit kat Kemayan City tu. Diorang tak puas hati so diorang tengok barang yang diorang beli tadi. Ternyata semuanya hanya ranting kayu dan dedaun kering aje.

KISAH SERAM KEMAYAN CITY JOHOR

KISAH KEDUA KEMAYAN CITY

Seorang wanita singgah di R&R Pagoh untuk isi minyak kereta, makan serta solat. Dia meneruskan perjalanan lebih kurang pukul 11:30 malam. Keluar dari Tol Skudai, dia lalu di depan Kemayan City. Bangunan itu nampak terang dan terpampang banner majlis perasmian sempena pembukaan pusat membeli belah itu.

Dalam hati wanita ni tadi macam terdetik pelik laa, sebab dah dekat pukul 12 malam pun still ramai orang. Dalam pada pelik tu dia rasa terpanggil untuk masuk ke dalam bangunan itu tadi. Barangan di situ amat murah dan cantik. Beza harga di Kuala Lumpur.

Dia sempat singgah makan lagi, tengok jam je dah pukul 3 pagi. Kakak dia kat rumah dah risau. Bila call, minah ni cakap laa dia tengah shopping kat Kemayan City. Terus kakak dia membebel marah-marah. Kakak dia suruh minah ni balik rumah cepat.

Minah ni pelik arr. Esok tu dia tanya kakak dia apsal kakak dia marah sangat-sangat lepas tu suruh balik cepat?

Kakak minah ni pun explain laa yang tempat minah ni pergi tak wujud pun. Bangunan tu dah lama sangat terbiar, hampir 10 tahun. So minah ni hangin ada, sakit hati ada, curious ada. Dia yakin dia pergi Kemayan City tu cantik. Sebab dia tak puas hati, dia pergi semula ke Kemayan City tu dan kali ni dia tercengang. Apa yang ada di depan dia hanyalah bangunan usang yang buruk dan menyeramkan.

Yang lagi buat minah ni tension, dia tertanya-tanya apa yang dia makan semalam tu? Sekali dia rasa loya dan terus muntah satu cecair yang busuk dan penuh cacing.

SUMBER : MFORUM@CARI | THEREPORTER

Korang rasa kisah-kisah ni boleh dipercayai ke? Ada yang pernah alami pengalaman seram disini? By the way, siapa yang tahu kisah ni jangan segan-segan laaa kalau nak beli barang kat Pa*****m Mall ni, insyaAllah tak ada apa-apa. Wallahualam :)

2 comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)