Header Ads

KISAH SERAM DI JALAN SELAYANG-RAWANG (JALAN LAMA)

KISAH SERAM DI JALAN SELAYANG-RAWANG (JALAN LAMA) - Dulu masa pindah Rawang, selalu dimomokkan dengan kisah seram dekat dengan Templer Park tu. Ramai sangat yang cakap tempat Auni tinggal tu tempat jin bertendang bagai. Dah laa memang lemah semangat tapi pengalaman histeria tu takde lagi la. Alhamdulillah.

Ini adalah kisah benar yang terjadi di Jalan Selayang - Rawang (iaitu jalan lama yang ketika itu masih dua hala). Seorang lelaki bernama Ahmad (bukan nama sebenar pun) bekerja dekat Bandar Country Home, Rawang. Biasanya dia kerja dari pukul 7 pagi sampailah pukul 10 malam. Boleh kata hari-hari laaa dia pergi kerja.


Satu hari tu dia terpaksa kerja sampai pukul 2 pagi sebab ada kerja yang kena dia uruskan. Selalunya dia bawak kereta honda atau kancil dia, tapi sebab dia kata dia tengah sengkek kan so dia pun bawak je laa motor masa pergi kerja.

Dah habis kerja tu dia pun hidupkanlaaa enjin motor dan start nak merempit sampai traffic light simpang tiga jalan nak keluar dari Country Homes. Dia teruskan perjalanan ke Bandar Rawang. Peristiwa ni tahun 2003 tau so Rawang masa tu Tesco takde, LATAR takde. Boleh kata hutan aje. Kereta pun tak banyak macam sekarang.

Sambung cerita.......

Jam ketika itu dalam pukul 2:30 pagi, sampai je ke Rawang tu, si Ahmad ni dah rasa seram sejuk tapi dia anggap je lah yang dia memang sejuk sebab dah tengah pagi-pagi buta kan? So dia buat tak kisah je laa. Tapi lepas sampai dekat Petronas (yang selepas Tesco Rawang), motor dia dah terasa berat padahal minyak full dan baru je lepas servis. Lagi menyeramkan sebab dia sorang je kat situ.

 - Hiasan Semata -

Dalam keseraman tu, dia gagahkan diri jugak la memulas throttle, lepas tu tiba-tiba je ada kereta depan dari arah bertentangan bagi highlight ke dia. Terkejutlaa pun member tu. Bingung pun ada. Baru dia nak tanya apsal kereta tu main suluh-suluh lampu kat dia, tiba-tiba kereta tu berdesuppp laju menjauhi si Ahmad ni. Lagi sekali dia blur.

Toleh belakang moto, nampak sejenis makhluk Allah seakan serigala berbulu lebat dan bermata merah bertenggek belakang motor dia. Dah panik campur seram yang teramat sangat, dia cuba baca ayat-ayat yang dia ingat tapi semuanya macam dah tak betul. (Yelaaa dah suspen kan?)

Dia teruskan perjalanan sampai ke Shell Golf Templer dan berhenti di situ. Dengan perasaan takut dia mencari-cari kalau ada makhluk Allah bernama manusia di sekitar Shell itu dan alhamdulillah, jumpa seorang pakcik yang tengah isi angin tayar.

Pakcik tu tegur kenama muka si Ahmad ni macam nampak hantu je? Ahmad pun mengaku je laa yang dia memang nampak. Nasib si Ahmad ni baik laa sebab pakcik tu tahu laa serba sikit cara nak menghalau makhluk Allah berupa 'makhluk ghaib' ni. Pakcik tu bagi sebotol air supaya dia tak gelabah macam tadi. Kemudian pakcik tu bagitahu bahawa jalan tu memang ada 'penunggu' yang akan mengganggu manusia yang lalai.

SUMBER | PARANORMAL

Bercerita pasal makhluk halus di jalan-jalan berdekatan Rawang - Selayang @ Selayang - Rawang ni, Auni dah banyak kali melaluinya. Ada satu hari tu Auni dari Rawang on the way nak pergi Hospital Ampang. Masa lalu jalan kat Templer Park tu kan gelap, Auni nampak ada motor tiba-tiba nak cross jalan selekoh tu dan tiba-tiba je lesap. Nasib baik Auni dan tuan suami tak accident sebab Auni pegang tuan suami mengejut, takut langgar 'motor' yang Auni nampak tu.

Siapa yang biasa dekat jalan tu, boleh kata dekat situ adalah tempat yang paling kerap terjadi kemalangan. Hmm...

6 comments:

  1. Seramnya! Kalau baca tengah malam rasanya takleh tidur!

    ReplyDelete
  2. Selain rawang-selayang, jalan ulu yam dr selayang ke batang kali pun sama keras. Mcm2 boleh jumpa. Yg memumpang, yg menyapa, yg melanggar semua ada auni. Huhu

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Memang tak akan lalu situ bila balik Rawang. Pakcik ulang alik kerja KL pun ada cerita pasl macam ni. Seramlah.

    ReplyDelete
  4. keras sebab jalan dia la.. penuh batu.. hihi. hmmm sib baik la tak pernah berhadapan dgn semua ni, sebenarnya kita lemah semangat... ahahaa

    ReplyDelete
  5. nak baca tapi takut..cmane ni?haha

    ReplyDelete
  6. Aduhh baru tahu cerita ni. Lagipun kinah baru dua tahun lebih duduk sini. Suami mungkin tahu cerita ni tapi tak cerita sebab dia tau bininya ni penakut. Nasibla baca petang haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.