LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA - Cakk ! Assalamualaikum wbt. Lamanya rasa tak update entri. Haritu Auni pergi holiday dengan famili dekat Melaka. Salah satu tempat yang Auni pergi adalah Justberrys Dessert House, yang terletak di Kota Laksamana, Melaka.

Sebenarnya, malam tu Mama teringin nak makan dessert. So kami waze satu tempat ni, bila dah sampai, tempatnya pulak tutup. So Adib pulak ajak pergi Justberrys Dessert House ni, sebab dekat je dengan homestay kitorang.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Source by Google

Mula-mula sampai tu, kitorang semua macam was-was pulak sebab nampak semua Cina je. Risau pulak kita. Lepas tu kitorang duduk je dalam kereta, bincang nak masuk ke tidak. Tiba-tiba nampak ada 2 family Melayu masuk. So kitorang assume la yang kedai ni halal.

Tapi, takde takde Halal pun. Lepas tu Adib check, owner dan pemegang franchise Justberrys Dessert House adalah seorang Muslim. Biasanya kedai macam ni memang susah nak dapat halal certification. So, bila dah confident maka kami pun start order.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA

Order untuk sorang-sorang sampai yang tukang ambil order kat kaunter macam pelik. Rupanya, satu mangkuk dessert yang kitorang order tu boleh makan 2 hingga 3 orang ! Memang besar la mangkuk dia. 

Yang kecik hanya Mama dan Aliah punya. Auni punya, Adib punya, Aboy punya dengan Ain punya memang besar-besar. Abah tak order apa-apa sebab dia kureng sikit bab dessert ni. Tuan suami tinggal kat homestay.

Meh Auni share gambar apa yang kitorang makan dekat Justberrys Dessert House.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Gambar dari HP aboy. Ok dessert ni rasa mostly kekacang gitu. Jangan tanya nama, Auni memang tak tahu.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Ini Ain merangkap adik ipar yang punya. Macam roti bakar disiram coklat hershey. Yang ni sedap dan kenyang.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Ini kita makan sama-sama. Tembikai bulat-bulat yang dilekat dengan aiskrim susu ala-ala salji gitu. Pun sedap.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Siapa suka coklat, memang feveret lah ni. Ini Adib punya. Pun sedap. Tengok gambar dah terliur balik.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Ini Auni punya. Sedap rasa durian. Haaa tu je boleh describes.

LAYAN DESSERT DI JUSTBERRYS DESSERT HOUSE KOTA LAKSAMANA MELAKA
Ini Aliah punya, si peminat cendol. Mangkuk ni tak kecik tak besar. Aliah makan sorang je, takde share.

Ada satu lagi menu Mama punya, tak sempat nak snap. Mama dah makan dulu. Mama punya cuma aiskrim dengan sidedish cheesecake. Mama pun bukan boleh makan manis sangat sebab dia ada kencing manis. hihi..

Puas weyyy kami yang dapat mangkuk besar-besar ni nak habiskan. Tulaaa gamble je pergi dan order. Masing-masing dah sebu perut.

Apa yang Auni suka dessert kat sini tak manis sangat. So kena laa dengan tekak. Cuma kalau pergi ramai-ramai, kenalah pandai pilih sebab ada diantara menu dia memang jenis yang 2-3 orang punya makan.

DETAIL
JUSTBERRYS DESSERT HOUSE
89, Jalan KL 3/9, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
012-631 8668

4 comments:

  1. Ya Allah semua nampak lazat...terliur...yang ada buah tembikai tu....

    ReplyDelete
  2. Geram pula tengok gambar ni auni. akak kat melaka juga, tapi tak ter explore pula tempat macam ni. hhahaha. tq for sharing. boleh pergi sini next time.

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar pun dah terliur..nanti kalau balik melaka akak nak ajak suami dtg sini la

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap ni menu2 ni.. Kena try ni.. Harap nanti ada buka satu kat Sabah :)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)