WAHAI BAKAL PENGANTIN, JOM KE EVENT JOM REWANG 2018 !

WAHAI BAKAL PENGANTIN, JOM KE EVENT JOM REWANG 2018 ! - Rewang ni sinonim dengan majlis perkahwinan dulu-dulu. Siapa yang hidup sekitar 60-an hingga 90-an tahulah apa makna rewang ni. Bagi yang tak tahu, rewang ni perkataan jawa yang bermaksud bersama berganding bahu bergotong royong lah gitu.

Berbeza dengan JOM REWANG 2018, ianya merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Event ini akan diadakan pada 26hb Januari 2018 hingga 28hb Januari 2018, bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

JOM REWANG 2018 DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

KENAPA BAKAL PENGANTIN HARUS MENGUNJUNGI EVENT JOM REWANG 2018?

Bakal pengantin seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi JOM REWANG 2018 kerana ada lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.

Bukan itu saja uolssss, lebih kurang 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan.

Korang dah tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini korang dah boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. Best ke tidak? Mudah sangat kan?

JANGAN RISAU TENTANG PARKIR

Tentunya pihak berwajib concern dan mengambil berat tentang keselesaan pengunjung. Korang jangan risau sebab kemudahan kawasan parkir agak mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.


VENDOR

Untuk korang yang nak memperluaskan bisnes korang, korang boleh menyewa tapak booth sepanjang event ini berlangsung. Yang menjalankan perniagaan berkaitan perkhidmatan perkahwinan dan persandingan amatlah dialu-alukan untuk join vendor di event ini. Mana tahu rezeki korang untuk lebih dikenali, betul tak?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

5 comments:

  1. Bakal pengantin memang wajib dtg sini

    ReplyDelete
  2. Bakal2 pengantin wajib ke sini. Banyak vendor yg mereka boleh pilih kan. Senang kerja.

    ReplyDelete
  3. Senang kerja kan. Semua ada bila dah dikumpulkan. Boleh plan dan pilih mana perkhidmatan yg menrik dan berbaloi

    ReplyDelete

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)