DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 5

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 5 - Vivy terkejut kerana bekas kekasihnya Azril, adalah suami kepada adik iparnya, Sofea. Azril pula mencuba untuk memikat hati Vivy kembali.

Sabrina menemui Vivy dan meluahkan perasaan bersyukur kerana mendapat kawan baik sebaik Vivy. Perkara itu membuatkan Vivy kurang selesa dan lebih berasa bersalah. Sabrina langsung tidak mengesyaki tentang hubungan Daniel dan Vivy.

DRAMA SYURGA YANG KEDUA EPISOD 5
Vivy masih lagi cuba memenangi hati Daniel walaupun dilayan secara acuh tidak acuh. Daniel pula masih memberi sepenuh perhatian pada Sabrina.

Sabrina berbincang dengan Vivy tentang poligami dan percaya bahaya Daniel hanya menyayangi dirinya sahaja. Vivy sebolehnya cuba bersikap biasa dengan Sabrina walaupun hakikatnya Vivy terasa hati dengan layanan Daniel padanya.

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)