November 04, 2017

YANG BERMULA ITU PASTI AKAN BERAKHIR

YANG BERMULA ITU PASTI AKAN BERAKHIR - Firstly, salam takziah buat keluarga Kak Diya @ blogger PinkyMomma atas kehilangan suami tersayang. Moga Kak Diya tabah menempuh hidup yang akan datang.

Macam semua orang tahu, hidup Auni hanya di rumah dan di Unit Dialisis Hospital Ampang. Dekat sana Auni rasa macam ada keluarga, macam ada kawan malah rasa dikelilingi abang-abang dan kakak-kakak penyayang.


Harini Auni agak sedih sebab salah seorang staff Unit Dialisis, Abang Syauqi, akan berpindah ke Banting. Sebenarnya Auni dah lama dengar desas desus pasal Abang Syauqi nak pindah tapi disebabkan dia ada je kat situ, Auni assume dia tak jadi laa pindah.

Tapi tadi dia dah mula ucap selamat tinggal dan bersalaman dengan patient dan tuan suami.  Auni memanglah tak nampak rapat dengan dia kat unit tu, cuma Auni suka dengan cara dia bekerja, cara dia bergurau dan cara dia caring dengan patient macam Auni.

Abang Syauqi sebelah kanan, baju biru, posing senget ^_^

Auni dah anggap dia macam abang Auni dah pun. Sejenis Auni memang tak pandai nak tunjuk dia nak rapat dengan seseorang tu. Nak buat macam mana, yang datang itu pasti akan pergi dalam apa jua cara jugak kan?

Semoga Abang Syauqi sukses di tempat baru selepas ini. We will gonna miss you!

3 comments:

  1. salam takziah juga buat blogger tu..

    hidup dan mati rahsia-Nya, pertemuan dan perpisahan juga bukan kita rancang, tp demi kehidupan lebih baik, mungkin perpisahan adalah langkah terbaik utk diambil..

    ReplyDelete
  2. Hidup mati pertemuan perpisahan semua nya peraturan Allah. Mohon doa semoga kita sentiasa dpt yg terbaik drNya.

    Kak ana doakan semoga auni terus kuat ye. Allah sayang auni sebab tu dia uji auni. Setiap orang ada bahagian dia.

    ReplyDelete
  3. Semoga beliau terus berjaya di tpt baru

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.