November 01, 2017

TEMU JANJI DI UNIT NEFROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR

TEMU JANJI DI UNIT NEFROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Seusai dapat surat dari Kak Z, Auni perati je surat tu. Surat untuk berjumpa dengan Pakar Nefrologi. Untuk apa? Hmm.. surat tu untuk refer doktor kot-kot boleh buat operation paratyroid.

Apa tu? Operation paratyroid ni dibuat untuk buang kandungan fosfat dan kalsium jahat dalam badan seorang pesakit kegagalan buah pinggang. Itu apa yang Auni faham la.


Dulu kalau pergi Hospital kuala Lumpur, unit Nefrologi dekat bangunan lama. Harini Auni pergi dalam bangunan baru. Masa masuk unit tu, hati rasa berdebar-debar je. Bukan pasal nak jumpa doktor, tapi teringat kehidupan Auni dengan Nefrologi dulu. Banyak kenangan sebenarnya dekat Nefrologi HKL ni.

Haaa... sebenarnya kan Auni ada plan nak jumpa kawan Facebook yang sama sakit dengan Auni, Kak Reena. Takde rezeki jumpa Kak Reena, tapi Auni jumpa Kak Elle !!! Patient SLE yang baru lepas transplan dan dia sukses dengan transplan tu. Alhamdulillah.

Ok. Sambung cerita.

Dah masuk Unit Nefrologi, nampak lah misi-misi (staff nurse) yang jaga Auni dari wad Pediatrik dan wad Nefrologi. Nak bertegur tapi beratnya mulut ni. Diam je la. Haha!

By the way, harini Auni tak jumpa doktor lagi. Cuma set appointment dan ambil darah. Hopefully result darah okay, walaupun Auni tahu, result mungkin teruk. Tawakal je la.

So, next appointment 15 November 2017 daripada sekarang. May Allah SWT ease everything. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.