Header Ads

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA [ASTRO PRIMA & MAYA HD]

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA [ASTRO PRIMA & MAYA HD] - Drama Dendam Aurora hampir ke penghujungnya. Auni agak terkilan dengan jalan cerita yang tidak ada kaitan langsung dengan tajuk. Ramai jugak penonton yang terkilan. Tapi, adakah drama pengganti Dendam Aurora ini dapat memujuk hati dan jiwa penonton yang frust dengan drama Dendam Aurora?

Syurga Yang Kedua adalah drama adaptasi dari sinetron Indonesia yang turut menggunakan judul yang sama. Drama ini akan menampilkan Zarul Umbrella, Siti Elizad dan Fasha Sandha sebagai watak utama.


JUDUL : SYURGA YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang
SLOT : Tiara (Astro Prima & Maya HD)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA
Mengisahkan tentang konflik dalam kehidupan Daniel (Zarul). Daniel mempunyai seorang isteri bernama Sabrina (Siti Elizad) dan mereka sudah lama berkahwin namun tidak dikurniakan cahayamata. Pasa satu hari, ibu Daniel mendesak Daniel untuk berpoligami dan berkahwin dengan Vivy, iaitu doktor yang merawat ibunya. Sanggupkah Sabrina berkongsi kasih?

3 comments:

  1. Hihihi rasa macam lama sangat citer Aurora ni kat tv,...dah nak abis dah

    ReplyDelete
  2. Oh ganti Dendam Aurora... macam best..

    ReplyDelete
  3. adoi !! suka kat dua heroin tu tapi tak tau keupayaan sang hero.. takut tenggelam jek.. hee~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.