November 05, 2017

SINOPSIS PERMATA HATI (ASTRO CITRA & MUSTIKA)

SINOPSIS PERMATA HATI (ASTRO CITRA & MUSTIKA) - Jangan lupa saksikan drama Permata Hati yang berkisarkan tentang pergolakan sebuah keluarga bahagia apabila munculnya seorang anak tidak saf di dalam kehidupan mereka.


JUDUL : PERMATA HATI
PENGARAH : Dato' Sri Raja Rezza Shah & Feroz Abdul Kader
PENERBIT : Nusantara Gems Sdn Bhd
Zul Ariffin, Elaine Daly, Elfira Loy, Edika Yusuf, Zoey Rahman, Danny X Factor, Dato’ Ziela Jalil, Liza Abdullah, Wulan Guritno, Teuku Zacky, Amanda Soekasah & Cahaya Rizky Saputra 

SINOPSIS PERMATA HATI

Aizuddin hidup bahagia bersama isterin dan anaknya namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila satu hari Aizuddin mendapat panggilan telefon dari sahabatnya, Herman (Teuku Zacky). Herman memberitahu Aizuddin bahawa Aizuddin mempunyai seorang anak lelaki bernama Alexander (Cahaya Rizky Saputra) hasil dari perhubungan sulitnya yang terjalin dengan Sandra (Wulan Guritno), beberapa tahun yang lalu.

Hati seorang isteri mulai hancur kerana kasih sayang dan kesetiaan yang diberikan, dibalas dengan kecurangan. Hati anaknya juga hancur apabila bapanya yang disanjung dan dihormati itu melakukan perbuatan terkutuk.

Dengan segala sisa kudrat dan kepercayaan, Sofea yang merupakan seorang muallaf, bersama anaknya cuba untuk menerima kehadiran Alexander dalam hidup mereka. Masa akhirnya berlalu dan hubungan keluarga ini semakin lama semakin rapat dan akrab.

Tidak lama kemudian, mereka diuji lagi apabila Alexander harus pulang ke Eropah untuk menyempurnakan wasiat mendiang ibunya, Sandra. Aizuddin juga bakal kehilangan hak penjagaan ke atas Alexander.

Apa yang akan berlaku dalam konflik ini? Jangan lupa menonton :)

SUMBER : HYEBRO.COM

2 comments:

  1. Macam best juga kalau baca sinopsis ni... Tapi skrg ni macam malas dah nak layan drama bersiri..

    ReplyDelete
  2. Menarik..cuma saya Tiada masa nak nonton

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.