November 05, 2017

SINOPSIS MOCHA KAU BAHAGIA

SINOPSIS MOCHA KAU BAHAGIA - Mula-mula masa dengar dekat radio, ingat cerita ni nama Moga Kau Bahagia. Puas search tau, rupanya Mocha Kau Bahagia. Dah tengok nama terus teringat kopi. By the way, sponsor drama ni adalah McCafe.



JUDUL : MOCHA KAU BAHAGIA
HARI/MASA : Sabtu, 10:30 malam
PENGARAH : Nizam Zakaria 
TERBITAN : Runlowboy Production
PELAKON :  Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Issey Fazlisham, Syazwan Zulkifly

SINOPSIS MOCHA KAU BAHAGIA

Drama ini mengisahkan tentang kisah suka duka dua orang sahabat iaitu Firdaus dan Melur yang berkongsi zaman remaja bersama. Mereka tekad untuk memulakan karier di Mcdonald's dan mengambil keputusan untuk menjadi Barista McCafe.

Dalam sibuk mengejar cita masing-masing, mereka telah menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain namun mereka hanya memendam perasaan. Zikri yang merupakan pengurus restoran menjadi orang ketiga dan menimbulkan konflik cinta tiga segi di Mccafe itu. Firdaus yang kecewa dalam cinta telah memaksanya untuk meneruskan cita-cita.

Apakah yang akan terjadi? Siapa yang dapat mengisi hati Melur? Mampukah persahabatan antara Firdaus dan Melur menjadi satu perhubungan? Apa pula nasib Zikri? Jangan lupa saksikan drama 4 episod ini setiap hari Sabtu ya :)

SUMBER : MYINFOTAIP

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.