Header Ads

SINOPSIS KARYA 12 : PSIKOSIS (ASTRO CITRA)

SINOPSIS KARYA 12 : PSIKOSIS (ASTRO CITRA) - Oleh kerana sejenis Auni memang jenis obses perkara melibatkan psiko, maka tertonton jugak lah drama ni semalam. Sebenarnya, bukan pasal psiko je, tapi sebab ada babak gamelan. Auni juga suka dengan tarian gamelan ni.

Bagi Auni drama ni agak heavy dan slow sikit. Tapi kalau tengah bosan-bosan nak melayan tu bolehlah kot. Jom Auni share sinopsis drama Psikosis ini.


JUDUL : KARYA 12 - PSIKOSIS
GENRE : Misteri
PENGARAH : Hafizraslin
PENULIS SKRIP : Najmie Maziez
PELAKON : Khir Rahman, Emelda Rosnaida, Khayrani Kemal, Junaidah M.Lojong & Aishah Atan

SINOPSIS KARYA 12 : PSIKOSIS
Mengisahkan tentang Zara yang taksub dengan tarian gamelan. Minat Zara ini diwarisi dari ibunya. Konflik bermula apabila ayahnya, Haris, membawa pulang isteri barunya, Aishah ke rumah mereka. Zara mula bersikap pelik dan pergi ke satu tempat yang tidak diketahui sesiapa untuk berjumpa "ibunya".

Akibat taksub yang melampau terhadap tarian gamelan, Zara terlupa bahawa ibunya sudah tiada. Bagi Zara, ibunya masih hidup. Pada ibunya Zara meluahkan perasaan dan meluangkan masa. Adakah Zara sedar apa yang berlaku kepada dirinya?


Drama ini diarahkan oleh protege kepada Mona Riza, iaitu Hafizraslin. Ditulis oleh student Aswara iaitu Najmie Maziez. Auni memang suka layan drama-drama Karya 12 sebab jalan cerita tak cliche sangat. Mungkin ada ulangan nanti di Astro Ria.

Terima kasih sudi baca :)

3 comments:

  1. cerita yang menarik..

    nak tengok juga la nanti.

    kalau sempat.

    biasanya tidak sempat ..

    hehehehe

    ReplyDelete
  2. bini suka tengok.

    saya malas dah nak tengok.

    sebab selalunya, bini mesti suruh tutup tv awal sebelum habis.

    tu yang malas tengok dah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.