Header Ads

SINOPSIS DRAMA KESEMPATAN KEDUA (TV3)

SINOPSIS KESEMPATAN KEDUA (TV3) - So far Auni tak pernah lagi tengok lakonan Kaka Azraff. Selalunya dia menyanyi je. Tapi hari ni peminat Kaka Azraff bolehlah tengok Kaka berlakon dalam drama Kesempatan Kedua arahan Raja Ahmad Alauddin. Jom Auni share sinopsis Kesempatan Kedua.


JUDUL : KESEMPATAN KEDUA
HARI / MASA : Sabtu, 25 November 2017, 10.00 malam
SLOT : Cerekarama TV3
SKRIP : Azlina Pawan
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Kaka Azraff, Izzue Islam, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Esma Dainal, Idris Md Diah

SINOPSIS KESEMPATAN KEDUA
Pak Amin dan Mak Som sangat terkejut apabila melihat penampilan Myra, yang sudah berhijab dan berjubah. Disebaliknya mereka tidak tahu bahawa Myra sedang menyembunyikan perutnya yang sedang membesar.


Myra merahsiakan kandungannya itu daripada teman lelakinya, Sani, kerana takut Sani akan meninggalkannya. Rahsia kandungan Myra hanya diketahui Taufik, iaitu sahabat baik Myra, merupakan seorang lelaki berpewatakan lembut. Dalam diam Taufik menyimpan perasaan kepada Myra.

Kerana sayang dan ingin menyelamatkan Myra, Taufik membuat pengakuan kepada ibubapa Myra yang bayi dalam kandungan itu adalah anaknya dan dia ingin bertanggungjawab.

Apakah konflik yang akan terjadi pada mereka, sedangkan anak itu adalah hasil hubungan Myra dan Sani? Jangan lupa saksikan drama ini di TV3 jam 10 malam.

SUMBER | MYINFOTAIP

1 comment:

  1. menarik cerita ni, ema tengok sampai habis. last last myra meninggal sbb exciden, jantung nya derma kat BFF dia si taufik tu.. nanti free, jom join giveaway EmaLisa pulak ya http://www.lubukseni.com/2017/11/lubuk-seni-giveaway.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.